Wednesday, October 30, 2013

Cerpen 8 : Mesir Berdarah


Mesir Berdarah!!!!!

"Salamu Alaik, Keif Hal," seorang arab Mesir menyapaku saat aku melalui satu lorong menuju ke banggunan Abbasiyyah atau Malaysian Hall. Kebiasaannya orang arab Mesir ramah menyapa seseorang yang datang daripada negara luar. " Waalaikumussalam. Alhamdulillah, khoir ya said, wa anta Keif hal?" aku membalas pendek. " Alhamdulillah..tamam." lelaki arab berumur sekitar 40an itu menjawab ringkas.

Kakiku terus melangkah menuju ke bilik yang terletak di banggunan Malaysian Hall Abbasiah. Sebuah masjid berdiri teguh di belakang banggunan yang menempatkan para pelajar malaysia yang menuntut di Universiti-universiti yang terletak di Kaherah seperti Universiti Ain Syam, Universiti Azhar cawangan Mesir dan sebagainya.

Pintu bilik dikuak, " Farhan, jomla jalan-jalan, aku tak naik bot kat Sungai Nil lagi ". Aku mengajak Farhan untuk keluar menikmati keindahan dan kehebatan Mesir. "okey, kejap-kejap. Aku siap dulu." Farhan bersetuju.

Kaki kami menyusun langkah, dengan info yang ringkas daripada Umar yang merupakan ketua rombongan pelajar Universiti Malaya ke Mesir untuk program bahasa arab memberi sedikit maklumat cara kami sampai ke Sungai Nil.

-naik bas dari Abbasiyyah Ke Attabah. kemudian naik Metro turun di Sadat dan jalan kaki ke sungai Nil-

Mesej ringkas ini menjadi tanda arah buat kami untuk tiba di sana. Walaupun mesejnya pendek dan agak jelas tetapi dikhuwatiri juga tersesat. Mesir bukan seperti Malaysia. Rakyat di seluruh Malaysia hanya 27 Juta tetapi di kota Kaherah sahaja mempunyai lebih 20 juta penduduk. Sikap peka dan berhati-hati perlu dititikberatkan.

Langkah terus diatur ke Mahattaf Abbasiyyah iaitu stesen bas Abbasiyyah. Deretan demi deretan kenderaan melepasi pemandangan kami, telinga kami juga sudah lali dengan bunyi hon yang dipergunakan kadangakala sebagai penegur sapa. Kelihatan bas merah yang menuju ke Attabah bergerak menuju ke tempat kami berdiri. Hanya seketika, kami terus menaiki bas tersebut. Bayaran satu genih( 60 sen ) dilunaskan. Kadar tambang tersebut sama sahaja kepada semua penumpang walaupun destinasinya berbeza. Dari tingkap bas yang agak  berdebu, kelihatan masyarakat mesir sibuk menguruskan urusan harian masing-masing, ada yang sibuk menguruskan perniagaan, pemandu teksi sibuk mencari penumpangnya, para  peniaga jalanan bising mempromosikan barang jualannya, peminta sedekah pula duduk tabah di laluan umum menagih simpati orang awam dan pelbagai urusan lagi. Perjalanan yang sebenarnya hanya memakan tempoh sekitar 15 minit menjadi lebih 30 minit akibat jalan yang sesak. Kebiasaannya jalan di kota-kota Mesir ini sememangnya terkenal dengan kesesakannya.

Attabah merupakan kawasan membeli belah yang terkenal di Kaherah, terletak berhampiran dengan Hussein yang menempatkan Masjid Hussein dan Masjid Al Azhar yang bersejarah. Kawasan tersebut memang sangat sibuk dan menjadi pusat tumpuan masyarakat arab untuk mencari rezeki terutamanya di pasar Hussein dan Khankalili. Langkah terus dituju memasuki stesen Metro atau LRT bawah tanah, bayaran satu genih dilunaskan lagi, kadarnya sama sahaja ke semua destinasi. Kereta api seakan-akan LRT di Malaysia itu mempunyai 8 gerabak dan diasingkan gerabak perempuan dan lelaki. Kelajuannya sangat membimbangkan kami, kebiasaannya kami hanya berdiri berasak-asak dengan masyarakat arab dalam perut pengangkutan tersebut untuk menuju ke stesen Cairo University. Namun perjalanan kali ini bukan ke stesen tersebut, tetapi ke Stesen Sadat. Lebih dekat hanya melepasi stesen M. Naguib sahaja. Langkah pantas terus digerakkan. Stesen Sadat itu agak berbeza dengan stesen Metro di Attabah. Mempunyai dua tingkat landasan Kereta api. Satunya di bawah tanah. Anak tangga menuju ke kota sadat dinaiki. Udara sejuk yang tajam mula dirasai, cahaya menterai menyinari. Kota sadat itu juga tetap sibuk. Para peniaga membarisi laluan pejalan kaki yang terletak bersebelahan dengan flat dan banggunan-banggunan yang berdiri megah di kota itu. Maklumat yang diberikan sudah ditepati. Kota Sadat sudah dipijaki. Masalah untuk ke sungai Nil pula menjadi cabaran kami.

"AsSalamu alaik ya Said. lau samah, kaifa nazhab ila Nahrun Nil?" aku bertanyakan kedudukan sungai Nil kepada seorang arab yang berdiri berhampiran dengan gerai menjual pakaian-pakaian musim sejuk.

"waalailumussalam. o..imsyi alat tul, wa baqdin ila yamin." arab mesir itu memberi maklumat ringkas. Jalan terus kemudian belok kanan.

Arah yang diberikan kutepati. Farhan hanya mengekori. Kawasan sadat itu berhampiran dengan Kota Tahrir atau Tahrir square, sangat luas pemandangannya. Kelihatan Muzium Mesir bewarna merah megah berdiri. Niat mahu ke sana ditutupi kerana hari sudah menghampiri maghrib risau tidak sempat menaiki bot di Sungai Nil. Tentera keamanan kelihatan berdiri di suatu sudut jalan. Satu perkara yang biasa dilihat di Mesir. Seperti di Masjid Al Azhar dan Hussein , deretan trak pasukan ( Markaz Aman) atau ketenteraan berada di kawasan tersebut. Langkah kami terus diatur melepasi sebuah banggunan berdiri megah. "Mujamma" sebuah komplek pejabat kerajaan yang terletak di Tahrir Square, binaan banggunan tersebut kelihatan agak melengkung. Unik. Di sebelahnya berdiri megah sebuah menara masjid Tahrir.

Dari situ kami dapat melihat menara kemegahan Cairo. Berbentuk silinder. Menara tersebut boleh dilihat lebih jelas daripada tebing Sungai Nil. Sebuah Jambatan Tahrir Square membentangi sungai bersejarah tersebut. Bot-bot persiaran bertebaran di atas Sungai  itu. Keindahan dari atas bot yang telah dibayar sebanyak 4 genih atau Rm2 kami nikmati. Bot persiaran tersebut dipenuhi oleh masyarakat arab mesir. Ada yang datang bersama keluarga dan berpasangan. Hanya aku dan Farhan sahaja orang asing di atas bot tersebut.  Seorang gadis Mesir berbaju merah mencuri pandanganku. AstaghfiruLLah. Lagu dangdut arab Mesir diperdendangkan. Bingit. Tak faham lirik. Cuaca pula sangat sejuk tambahan berada berhampiran dengan air sungai Nil. Dari atas bot tersebut , kami dapat melihat banggunan- banggunan kota mesir seperti banggunan Novotel, menara kaherah, hotel Nile Hirlton dan beberapa banggunan mewah di sepanjang Sungai Nil tersebut.

Setelah hampir lebih 30 minit bersiar-bersiar menaiki bot tersebut. Cuaca sudah mulai gelap. Lampu-lampu neon sudah mula dipasang. Kelihatan tertulis di sebuah banggunan " Happy New Year 2011". Bewarna warni. Cuaca bertambah sejuk. Angin bertiup agak kencang. Kami berjalan menyelusuri jambatan Tahrir. Kelihatan sebuah patung singa berdiri megah di pintu masuk jambatan tersebut. Pasangan kekasih pula seakan-akan menjadikan jambatan tersebut sebagai tempat melepaskan rindu dan sayang. Seorang lelaki muda memegang sekuntum bunga Ros Merah sambil mengarahkan bunga itu kepada pasangan kekasihnya, ini antara situasi yang boleh dilihat di atas jambatan ini. Tidak kurang juga, masyarakat arab yang mencari rezeki di sini. Penjual bunga juga turut mengambil  kesempatan di kawasan strategik ini. Setelah berulang alik melalui jambatan ini. Kami kembali untuk menunaikan solat maghrib di Masjid Tahrir sebelum bergerak pulang ke kawasan penginapan kami.

...............setelah 10 hari,

"MESIR BERDARAH. MESIR BERGOLAK". Nama kota Tahrir square disebut-sebut oleh seluruh media dunia. Pemandangannya berubah mengejut. Semuanya terjadi akibat demostrasi besar-besaran yang terbesar dan pertama kali diadakan di Mesir. 25 Januari 2011 menjadi hari bersejarah dan disebut-sebut sebagai hari kebebasan Mesir. Bukan sahaja tertumpu di Tahrir Square tetapi di seluruh kawasan Mesir. Para blogger dan peminat setia FB sibuk menulis entri mengenai mesir,mengikuti perkembangan insan yang dikenali di sana, pihak media seluruh dunia juga menjadikan isu ini sebagai bahan utama dan sanggup mempertaruhkan nyawa untuk ke kota seribu menara itu semata-mata mendapat liputan berita yang berharga. Para ibu bapa yang mempunyai anak di negara tersebut mula risau dengan keadaan anak kesayangan mereka di sana. Kerajaan mesir pimpinan Hosni Mubarak makin gila dalam menyelesaikan masalah yang berlaku. Mereka memutuskan sebarang komunikasi daripada rakyat mesir dengan masyarakat luar. Internet, talian telefon disekat, ATM dimatikan. Sangat gila tindakan tersebut. Sejarah yang diukir sangat mengejutkan masyarakat dunia. Harga-harga barang pula melambung naik sehingga secawan Shai atau teh mencecah RM 200 kerana peniaga tiada hati mengambil kesempatan, stok makanan juga berkurang, lapangan terbang pula menjadi tempat tumpuan semuanya kerana masyarakat atau pengunjung dari negara luar ingin kembali ke negara masing-masing berfaktorkan isu keselamatan. Walaupun harga tiket 3 kali ganda naik, tetapi ada yang tetap membeli semata-mata soal keselamatan ini.

Dendam yang disimpan dan dipendam oleh masyarakat arab mesir sudah mula diluahkan seperti gunung berapi yang memuntahkan laharnya. Asapnya sehingga ke angkasa. Penunjuk-penunjuk perasaan mula berani mengutuk, mengeji, menghina pemimpin meraka yang sudah berakar memerintah negara bersejarah tersebut. 30 tahun lamanya Hosni Mubarak memerintah mengaut keuntungan dan menindas rakyat. Sedar tidak sedar si pemimpin berkuku besi itu telah menjadi insan yang terkaya di dunia ini dengan memiliki aset lebih tinggi dari Bill Gates yang dilapor dan disenaraikan sebagai manusia terkaya di dunia dalam majalah Forbes. Sangat mengejutkan.

Di mesir, aku tidak dibenarkan untuk berbicara langsung soal politik negara tersebut . Ugutan-ugutan seperti dipenjarakan di bawah tanah, dtangkap oleh mabahits atau SB-SB mesir yang adakalanya menyamar sebagai pemandu teksi mahupun peminta sedekah sudah menjadi amaran kepada pelajar luar terutamanya.  Sedangkan negara tersebut adalah negara yang dikatakan sebagai negara yang baik untuk mengetahui politik dunia. Ummud Dunia gelaran diberi. Siaran- siaran televisyen juga banyak menayangkan persoalan-persoalan politk dunia. Namun negara ini dikatakan sebagai negara yang tertutup, rakyatnya dikatakan tidak tahu soal isu luar. Ada juga yang menganggap hanya negara mesir sahaja di dunia ini, tidak hairanlah jika ada yang menganggap aku ini manusia yang aneh. Ada juga yang menganggap orang malaysia adalah orang hutan. Sangat pelik.Buta huruf, IT, dan sebagainya memang terjadi kepada sebahagian masyarakat arab Mesir. Persoalan politik di mesir ini disekat adalah bagi menghalang gerakan untuk menumbangkan pemimpin mereka yang telah mengiktiraf Israel sebagai negara rasmi sedangkan seluruh negara lain menidakkannya. Ikhwanul Muslimin yang bergerak secara rahsia di negara tersebut juga tidak mampu untuk melebarkan sayap mereka akibat dipatahkan oleh kerajaan pimpinan Hosni dengan mudah.

Namun kini semuanya telah berubah. Sangat berubah. Rakyat sudah mula berani. Balai polis dibakar mengakibatkan ribuan banduan terlepas. Hura-hara seluruh kawasan terjadi, dentuman demi dentuman seakan-akan bersahutan di sana sini. Masyarakat dari negara luar mula dicari untuk mendapat perhatian apa yang terjadi.

Artifak-artifak berharga seperti topeng Firaun dan segala barang berharga di muzium mesir turut menjadi sasaran masyarakat arab Mesir. Semuanya adalah bagi mendapat perhatian dunia sekaligus membuatkan pimpinan negara mereka bimbang dan tidak senang duduk. Naib presiden Mesir Omar Suleiman yang dikatakan akan menggantikan Hosni Mubarak yang telah memaklumkan tidak akan bertanding dalam pilihanraya september ini turut diancam bunuh. Banggunan-banggunan juga dibakar, trak polis, balai polis dan beberapa banggunan lain turut dijadikan sasaran. Asap hitam berkepul-kepul  menuju langit. Perintah darurat dikeluarkan. Kereta kebal sudah mula memenuhi jalanan, sebahagian tentera juga sudah mula menyertai rakyat di jalanan, kuda dan unta juga turut digunakan sambil jutaan masyarakat arab mesir telah mula memenuhi jalanan. "Yasqitu Mubarok. Irhal-Irhal " tumbangkan Mubarok, rakyat menjerit, memekik tanda bencikan kekejaman dan kezaliman. Kezaliman yang telah menjadi darah daging Hosni Mubarak. Ratusan rakyat mesir menemui ajal di dalam perhimpunan revolusi ini dan ribuan yang tercedera mempertahankan hak diri. Ulama dunia seperti Yusuf Qadrawi juga telah mengeluarkan fatwa syahid kepada mereka yang terkorban. Namun beberapa perselisihan ulama-ulama turut terjadi seperti larangan jatuhkan pemimpin. Siapa yang benar?? siapa yang mahu kezaliman diteruskan??  bagaimana penindasan terus terjadi?? siapa yang bertanggungjawab?? persoalan-persoalan ini perlu kepada satu kata putus. Jangan berkelahi soal ini sedangkan masyarakat arab mesir terus merana diri. Bertempur sesama sendiri. Ada menyokong pimpinan Hosni ada yang membantah dan pelbagai lagi.

Hari demi hari terus berlalu. Mesir terus dijadikan isu utama dalam berita dunia. Di Malaysia sama seperti di Indonesia dan beberapa negara lain, telah selamat menguruskan penerbangan membawa pulang rakyat mereka dari negara bergolak tersebut.  Media massa terus mengalirkan berita-berita dari negara timur tengah tersebut.

Apa akan terjadi pada Mesir setelah ini??????????????

Mesir oh mesir...

Selepas Rejim@Diktator Hosni Mubarak Ditumbangkan, Dr Morsi Al Hafiz dinaikkan. Kemudian Beliau pula digulingkan oleh kudeta tentera Mesir. Kini Mesir terus bergolak. Simbol 4 jari menjadi penguat seluruh pencinta keamanan dan keadilan. R4biA.

Di Tahrir Square Mesir.

Cerpen 7 : Penyesalan Dipujuk Pengalaman


Seawal 7 pagi tadi hujan turun dengan lebatnya. Kes Mahkamah dijadualkan jam 8 pagi. Otakku ligat berlari memikirkan bagaimana mahu pergi. Kalau diredah hujan ini macam-macam boleh jadi. Justeru aku tangguh sebentar menunggu hujan reda kembali.

Ternyata ia tidak memakan masa yang lama, jam 7.40 langit sudah berhenti tangisnya. Aku terus memecut motor Honda biru kepunyaan sahabatku mengikut arah dan laluan yang dituju. Dalam fikiranku cuma satu. Cepatlah tiba destinasiku.

Setelah hampir 40 minit bermain dengan gear dan jiwa, aku tiba ke destinasi iaitu Kompleks Mahkamah Kajang bukan Kompleks Perdana Siswa. Para Pesalah sudah ramai memenuhi ruang di hadapan kaunter pendaftaran. Menanti panggilan dan arahan untuk ke dalam bilik Mahkamah.

Saat itu fikiranku kembali berputar ke satu masa lampau. Iaitu Setahun setengah yang lalu. Saat itu sahabatku menggunakan Motor Modenas Kriss 110 With Electric Starterku untuk ke tempat program di Hulu Langat. Saat memulangkan kembali kepadaku dia menyebut, JPJ menahannya lalu memberi surat Saman yang memerlukan kes selesai hanya di Mahkamah. Pemandu dan Pemilik, dia dan aku, kedua-duanya kena.

Kesalahannya dua iaitu tiada Roadtax dan Insuran. Baru aku teringat, aku terlupa untuk menghidupkannya supaya ada "Roh" semula. Tidak mengapa, mungkin ada hikmahnya. Sudah jadi kesalahanan maka ia memerlukan penyesalan. Saat tibanya hari sebutan kes pada bulan Mei 2011, aku dan Syis pergi Kompleks Mahkamah Kajang seperti mana dijadualkan dalam surat saman. Namun apa yang menghairankan, Mahkamah tersebut sedang dibaikpulih. Tiada tanda-tanda ia sedang digunakan. Aku dan Syis "blur" seribu bahasa. Bukan kami sahaja, tetapi ada beberapa pesalah yang lain. Kami cuba hubungi JPJ dan bertanya pada pihak Polis. Jawapannya sama. Ikut pada surat saman. Maka setelah berjam menunggu, keputusan dan kesimpulan yang dibuat adalah kami pulang ke rumah kediaman. Menganggap surat saman itu sebagai satu igauan bukan kenyataan.

Waktu berjalan begitu pantas dari bulan ke bulan dan masuk tahunan. Tiada satu surat tiba untuk pengesahan atau kesalahan yang dibuat. Fikirku mungkin tiada apa-apa berlaku namun ia terjawab di saat aku cuba hidupkan Roadtax motor. Namaku Blacklist, hatiku terguris. Tak sangka namaku sudah disenarai hitamkan. Kes yang dahulu perlu diselesaikan juga, perlu ambil tarikh baru. Namun 3 bulan perlu menunggu. Aku tenang dahulu. Tarikh baru tidak diambil di situ.

Motor itu masih aku gunakan untuk ke Kuliah namun tidak di luar kawasan yang membahayakan nyawa dan yang berkemungkinan ada polis atau JPJ. Kalau ditahan lagi boleh ditarik motorku kesannya. Kemudian setelah setahun setengah "roh" tidak diberikan pada motor itu, Aku dan Syis mula mengambil tarikh baru yang jatuhnya pada hari Isnin. 21 Oktober 2013.

" semua orang boleh masuk ke dalam bilik sekarang" laung seorang pegawai Mahkamah. Lamunan ku terhenti.

Berebut-rebut pesalah trafik masuk ke Kamar Mahkamah. Sebab nak selesai awal. Hampir 100 orang bilangannya. Ada yang terpaksa duduk di luar bilik kerana tidak muat. Namun ia tidak diuruskan di Mahkamah Majistret tetapi mahkamah Seksyen. Ia dimulakan dengan kes Jenayah berat terlebih dahulu. Menurut staff Mahkamah, hakim itu pertama kali uruskan kes JPJ.

Sekitar jam 9.50. Sebutan dan Perbicaraan kes bermula. Pertama kes seorang Negro yang dituduh memiliki dadah. Setelah dibicarakan, tertuduh dikenakan hukuman Penjara 5 tahun dan 10kali sebatan. Kemudian kes kedua seorang remaja Indonesia didakwa menyamun seorang tauke kedai warga Vietnam di Bangi. Dia dibenarkan diikat jamin Rm10000. Setelah selesai kes itu. Pegawai mahkamah memanggil.

"Meor Farid Asyradi !"

Terkejut aku, dalam ramai-ramai pesalah yang hadir, nama aku yang dipanggil dahulu. Sudahlah aku tiba lewat di Mahkamah. Orang lain yang hadir awal sepatutnya diberi dahulu. Namun mungkin itu rezekiku untuk menjimatkan masa. Macam kes Jenayah pula aku rasa.

Aku tampil di hadapan Hakim, seorang wanita. Berdebar juga jantung ni. Jadi Moderator tak rasa begitu. Pihak Mahkamah membacakan kesalahanku, lalu ditanya mengaku atau tidak. Aku jawab.

"Ya, saya mengaku " dalam hati nak juga cuba kata tak mengaku. 

Lalu ditanya lagi. "ada rayuan?"

"ya saya..saya merayu agar dikurangkan denda seminima yang mungkin, ini kerana saya merupakan pelajar yang masih menuntut di UM, ini juga merupakan kesalahan pertama.........................." ceritaku dengan harapan Hakim terkesan. Namun riak wajahnya tiada sebarang perubahan.

Kesimpulannya. Hakim memberikan denda total 2 kesalahan sebanyak Rm410. Bayar terus di situ. Wang yang baru aku keluarkan di Maybank sebelum bertolak ke situ habis begitu. Sayu. Jumlah itu sudah mampu membawaku Travel ke negara yang baru. Jika Mahu.

Aku pemilik Motor, Syis Pemandu. Kami bersatu untuk denda itu. Cerita habis di situ.

"Penyesalan dipujuk oleh Pengalaman." Bisik hatiku

Pengajarannya. Korang yang tiada roadtax atau Insuran tambahan pula lesen. Jangan terlalu yakin kita sentiasa selamat. Mungkin satu hari nanti kita akan ditahan atau lebih teruk lagi akan berhadapan dengan kemalangan. Justeru, pastikan kita bersih dan selamat dalam urusan seharian  Mohon ambil pengajaran Jangan sampai Kemalangan.


Sekian.
Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi .
21 Oktober 2013

Cerpen 6 : Naskah Itu Sedang Menunggu.




Bulatan manusia sudah terbina, tidak berbentuk bulat mengikut skemanya. Naskah Quran itu dibuka bersama. Quran yang disebut jika diberikan kepada Gunung maka gunung tersebut tidak sanggup memikulnya. Hanya manusia yang mampu menerimanya. Al Hasyr 21.


Salam diberi oleh ketua bulatan disambut mesra ahli kumpulan. Surah Al Fatihah menjadi pembuka bacaan sebelum majlis dimulakan. Adi memulakan bacaan di muka yang ke 22 surah AL Baqarah. Melepasi kisah mengenai Kiblat. "Hadapkanlah wajahmu Ke arah Masjidilharam. Dan di mana sahaja engkau berada, hadapkanlah wajahmu ke arah itu." Ada juga bacaan Adi yang tersilap baris lalu dibetulkan oleh sahabat yang turut melihat. Habis satu muka, disambung oleh sahabat di sebelah pula mengikut pusingan tawaf.

Amirul memulakan bacaan, Adi dan teman yang lain pula memerhatikan bacaan mencari kesalahan untuk diperbetulkan jika kedengaran. Masih lagi kisah berkaitan Kiblat. Bacaan Amirul lancar. Terus disambung muka yang seterusnya oleh Bukhairy menemui ayat yang biasa didengari.

"dan Janganlah kamu menyangka yang terbunuh di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka hidup tetapi kamu tidak menyedarinya" ayat 154. Jika mahu dibahaskan mampu mengambil masa yang lama.

Bacaan diteruskan lalu berjumpa dengan ayat terkenal apabila ada kematian iaitu lafaz,

"Innalillahi wainna Ilaihi Rojiuunn.." Tetapi ia bukanlah semata-mata untuk isu kematian tetapi umumnya adalah kepada mereka yang ditimpa sebarang bentuk musibah. Ayat 156.

Begitu juga dengan lafaz ayat yang berulang kali dibaca oleh para jemaah yang melakukan Umrah atau haji di saat mendaki bukit Safa dan Marwah iaitu

"Inna as-safa wal-Marwata min sha'airillah" bermaksud sesungguhnya Safa dan Marwah merupakan sebahagian Syiar Agama (Allah).

Kemudian disambung pula oleh sahabat seterusnya berjumpa dengan ayat berbentuk penyesalan di mana mereka yang telah melihat balasan Allah di akhirat menyebut

"sekiranya kami mendapat kesempatan di dunia, sudah pasti kami akan berlepas diri dari sebarang bentuk kezaliman dan kejahatan. Diikuti dengan Pesanan Allah Supaya tidak mengikuti jejak Syaitan ditambah pula peringatan bahawa tugas syaitan sememangnya hanya menyuruh manusia melakukan kejahatan dan perkara keji menakutkan.

Masa terus berlalu, ada juga mata yang hampir layu. Helaian demi helaian terus dibacakan, pelbagai jenis lagu digayakan. Ada yang cuba mengikuti gaya bacaan Imam besar Makkah dan ada juga membaca dengan lagu buatan sendiri. Tidak mengapa, yang penting baca dan jika ada kesalahan akan diperbetulkan. Bab demi bab ditemui seperti soal rezeki, hukuman Qisas, wasiat. Kemudian bab kewajipan berpuasa dan keunikannya.

Ayat "fitnah itu lebih kejam dari Membunuh" juga ditemui dan membawa erti dan sisi perbincangan yang besar. Indahnya Kalamullah, Al Quran yang merangkumi keseluruhan isu, aspek kehidupan luaran dan dalaman sehingga menjadi sumber utama rujukan.

Selesai 11 helai bacaan Ayat Suci Al Quran oleh 11 Orang Qari mewakili negeri. Masa yang digunakan tidak sampai satu jam. Kita cubakan bersama menjadikan ia rutin harian. Tadarus bersama. Jika tidak mampu membaca sehelai sehari. Bacalah setengah helai, jika tidak mampu juga bacalah satu ayat daripada jumlah 6666 Ayat.

Pesan sahabat. "kita ni berfacebook bukan main lama, tetapi nak BerQuran bukan main payah setiap masa"

Facebook: Last updated = 2 mins ago.
Twitter: Last tweet = 3 mins ago.
WhatsApp: Last seen = 6 mins ago.
Al-Quran: Last opened = Last Ramadan ?

Travelog 4 : Negara 4

Negara Ke-4:

                                                 

Mata Farid kelihatan dikecilkan gara-gara sinaran cahaya matahari yang benderang. Dia terus merenung ke luar tingkap sambil memikirkan sesuatu. Bas First Coach bergerak pantas menuju ke negara yang terkenal dengan gelaran Kota Singa atau Lion City. Haulid sudah lena diulit mimpi diikuti hampir keseluruhan penumpang termasuk dua orang gadis Singapura yang mesra dipanggil Has dan Uney. Pemandu bas yang segak berpakaian baju korporat warna putih berbelang hijau kelihatan fokus pada pemanduannya. Berbaki 2 jam untuk melepasi imigresen yang memisahkan antara dua negara yang pernah bersama suatu ketika dahulu. Malaysia dan Singapura.


Dan saat ini, negara kecil Singapura ini meliputi 63 buah pulau dan sebahagian tanah besar dengan keluasan hanya 704 kilometer per segi. Seiring dengan Hong Kong, Korea  Selatan dan Taiwan, Singapura juga telah diangkat sebagai ‘4 Asian Tigers’.
Difahamkan, Singapura mempunyai pelabuhan yang tersibuk di dunia dan merupakan pusat tukaran mata wang asing ke-4 terbesar di dunia. Singapura juga dianggap sebagai tempat paling mudah dan mesra untuk menjalankan urusan perniagaan.

Passport bewarna merah dipegang rapi, dibelek-belek dan dicop sebagai tanda masuk ke negara Singapura pada 19 Mei 2011. Petugas di Imigresen Singapura tersebut memberikan senyuman sebagai tanda selamat datang. Perjalanan diteruskan lagi. Cuaca agak panas, dari jauh kelihatan sebuah jambatan teguh memisahkan antara Johor dan Singapura. Bahasa yang digunakan pada papan tanda juga sudah sepenuhnya berubah. Bahasa Inggeris keseluruhannya. Perbezaan negara sudah mula dirasai. Banggunan-banggunan dibina tinggi, tidak kelihatan sedikit kekotoran pada banggunan-banggunan yang dibina termasuk rumah-rumah flat. Kenderaan-kenderaan di situ juga kelihatan mewah, Mazda, Toyota, Honda, Mercedes Benz, Jaguar, dan beberapa lagi jenis kederaan mewah  tidak putus-putus kelihatan di kawasan jalan.

Farid mula memikirkan sesuatu, adakah ini yang disebut oleh orang ramai,

"singapura ni sangat bersih, tapi banyak orang asing"
"Singapura best, tapi mahal lah"
"Singapura ni orang-orang kaya banyak di sana"


Sekali dilihat ada benar kata-kata tersebut, tapi takkan sekadar melihat sahaja tanpa meneliti. Negara Singapura merupakan negara yang keempat pernah dilawatinya setelah negara China, Mesir, dan Indonesia. Negara China yang dikatakan bakal menguasai ekonomi dunia juga pada dasarnya masih berlaku banyak penindasan kepada rakyat, sama juga seperti di Mesir, negara itu sudah lama bertapak di peta dunia tetapi masih berada jauh di belakang negara-negara kecil seperti Brunei dan Malaysia. Kadar kemiskinan yang tinggi sangat berleluasa. Pimpinan negara tersebut yang menjadi punca sehingga menyebabkan kebangkitan anak muda melakukan revolusi menukar pimpinan negara. Di Indonesia, jika dilihat melalui sinetron Indonesia samaada, Bawang Merah Bawang Putih, Anakku Bukan Anakku, Cinta Marshanda, Mutiara Hati dan sebagainya seakan-akan digambarkan kehidupan di sana mewah-mewah sahaja. Tidak hairanlah ada rakyat indonesia yang mengatakan "usah percaya cerita-cerita itu, semuanya menipu". Benar, dalam kemewahan kota jakarta, kepadatan rakyat Indonesia dan keluasan negara . Masih ramai lagi yang ditindas dan tidak diberi perhatian. Bagaimana pula dengan negara Singapura ini. Fikiran Farid terus berfikir.

Langkah diatur, Stesen MRT dituju, Sistem Pengangkutan Gerak Cepat atau bahasa inggerisnya Mass Rapid Transit, MRT ialah sebuah sistem alihan laju yang membentuk tulang belakang sistem kereta api di Singapura, menjangkau keseluruhan negara kota itu. Bahagian permulaan MRT, di antara Stesen Yio Chu Kang dan Stesen Toa Payoh, dibuka pada 1987, menjadikannya sebagai sistem metro kedua tertua di Asia Tenggara, selepas Sistem LRT Manila. Ia seakan sama dengan LRT di Malaysia mungkin dari sudut kelajuannya sedikit berbeza.  Kawasan Paya Lebar dan Geylang dituju. Tertulis di sebuah banggunan bewarna Hijau putih " Madrasah Wak Tanjung" tempat beberapa orang sahabatnya pernah belajar menimba ilmu duniawi dan ukhrawi. Madrasah tersebut terletak berdekatan dengan Masjid Wak Tanjung yang seakan-akan dihimpit oleh banggunan-banggunan yang tinggi. Kelihatan sebuah bas dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) baru usai melawat Madrasah Tersebut, salah seorangnya adalah Mudir Pulai Chondong yang merupakan bekas Mudir Haulid.

(Farid terus berfikir apa yang ingin dia tulis di blognya dan inilah hasilnya:)

......................

"Perjalanan diteruskan lagi, langkah diatur rapi melepasi banggunan-banggunan yang tinggi. Dimulai dengan singgah di restoran Melayu Geylang, kemudian rumah kakak Unaizah yang terletak di Pasir Ris dan kemudian pada malamya melawat NUS atau National University Singapore  yang merupakan universiti  tertua di Singapura dan universiti yang terbesar di negara itu dari segi bilangan pendaftaran pelajar serta kurikulum yang ditawarkan. Sejak 1 April 2006, universiti ini telah menjadi sebuah syarikat universiti bukan untung yang berhad dengan jaminan.
setelah itu , menuju ke Jurong East menziarahi rumah Siti Khadijah atau nama famousnya Jaja Diranie untuk makan malam, terima kasih diucapkan atas makanan dan duit rayanya:)..

Setelah itu pulang ke rumah kakak Unaizah untuk ambil beg pakaian dan pergi rumah seorang lagi kakak Unaizah sebagai tempat penginapan. Sangat mewah. Alhamdulillah. Sangat terkesan dengan kebaikan keluarga Uney dalam menerima tetamu, persis Nabi kita yang sangat memuliakan tetamu.

Kelihatan Farid dan sahabatnya Haulid diulit mimpi di bilik yang sangat indah berseri.


-USS- You Will Never Find The Book-

Langkah dituju ke MRT, Bas yang sangat bersih dan bercirikan sistem tiket yang unik dinaiki. Hari itu merupakan hari untuk merasai kehebatan Universal Studios yang telah dibuka pada bulan Januari 2010, merupakan taman perrmainan Universal Studios yang pertama kali dibuka di wilayah Asia Tenggara, dan merupakan yang kedua di wilayah Asia setelah Universal Studios Japan. Taman permainan yang bertemakan filem-filem terkenal Hollywood produksi Universal Studios ini terletak di Pulau Sentosa, Singapura. Harga tiket bernilai 58 dollar Sg bersamaan sekitar RM140..


"Are you ready, let's go",seorang petugas wanita di kawasan Battlestar Galactica bersuara. Sejurus itu roller coaster yang dinaiki memecut laju dan berpusing meluncur laju di atas landasannya. Jeritan dari penumpang  mula didengari tidak putus-putus.

Suasana berubah seram, bunyi lagu arab mula kedengaran, pintu utama dimasuki, suasa gelap gelita, cahaya kemerahan mula kelihatan, seakan-akan api. Kelihatan sebuah patung tegak bediri dan ada yang seakan-akan dirantai tapi mahu melepaskan diri. Kawasan The Mummy itu berlatarkan muzik yang agak menyeramkan. Roller coaster khas untuk merasai perjalan kisah tersebut disediakan. Farid dan sahabat-sahabatnya sudah memasuki perut kenderaan tersebut.
Beberapa saat sahaja kenderaan itu sudah ditelan kegelapan, suara dari watak-watak filem The Revenge Of The Mummy mula kedengaran. You Will Never Find The Book!!!. Sangat menakjubkan. Untuk merasainya dengan lebih mengerti klik di sini

 http://www.youtube.com/watch?v=VzRPBLPmzJQ&feature=related...

..........

Kemudian ke kawasan, Madagascar, The Lost World, kawasan Hollywood, New york City, dan antara yang menarik adalah di Far Away, penayangan Filem 4D Shrek yang sangat meakjubkan seakan-akan kita merasai berada dalam filem tersebut..Setelah itu, keluar dari Pulau Sentosa dan menunaikan Solat. Setelah itu makan malam dan pulang ke rumah awal. Kerana terasa amat penat. :)


*Kejapnye, Datanglah lagi :)

Pagi itu sementara menunggu kedatangan tourist guide yang sangat awal:), sempat berdiskusi bersama kakak Uney, banyak pengetahuan yang dapat perihal hak orang melayu di sana terutamanya, nak cari kerja juga susah, dan ada yang terpaksa tanggal tudung untuk mendapat pekerjaan, tapi setelah dapat, pakai semula, cuba bayangkan nilai sebuar rumah flat adalah sebanyak 360 ribu dollar SIngapura bersamaan kira-kira RM750 RIBU , samapi bila pon takkan dapat bayr dan rumah itu menjadi hak milik sendiri hanya 99 tahun sebelum jatuh ke tangan kerajaan semula, tidak hairanlan kerana dikatakan Singapore is a Fine City. Mencekau duit rakyat sahaja.

Setelah berdiskusi ilmiah bersama kakaknya, perjalanan diteruskan ke kawasan Bugis, Unaizah Has belanja makan, katanya mak suruh belanja:) terima kasih, kemudian Solat di Masjid sultan dan kemudiannya ke Kawasan Bugis Street untuk membeli belah, habis juga 50 dollar SG di situ, seterusnya ke kawasan kota utama yang pasti dikunjungi oleh pelancong Seperti Esplanade ,Flyers dan Di situlah terletaknya Merlion Singapura atau mudah dikenali sebagai kepala singa yang pancut air dari mulutnya:)..Tapi saat itu, Merlion tersebut sedang dibaiki akibat kena panah kilat. Sebab apa tu agaknya ya. Farid berfikir, dalam fikirannya mungkin sebagai amaran dari Allah.


Setelah itu bergerak ke Tampines untuk menziarahi rumah Hasanah, Sup tulang dihidangkan, tapi agak berlainan dari malaysia kerana ia seakaan-akan kari. Menghirup sum-sum diajarkan oleh "pencinta kucing" tapi Farid tidak melakukan. Setelah usai solat maghrib, perjalanan diteruskan ke rumah Abang Faizal ( Suami kak Long Uney), bersiap-siap untuk dihantar ke Tanjung Pagar. Stesen Kereta Api yang bakal ditutup dan dipindahkan ke Woodland. Sebelum pulang dapat lagi duit raya:) dan
Farid juga sempat memberi sedikit cenderahati kepada mereka. Alhamdulillah. Teringat pesan kakak Uney dan Abang Faizal. Kejapnye, Datanglah lagi, tidur je di sini.. InsyAAllah..:)

Penutup:


Terima kasih dan jka ada istilah lebih tinggi dari terima kasih itulah selayaknya buat semua yang terlibat menjayakan perjalanan ini. Singapura pada keseluruhannya sangat menarik untuk dikunjungi tapi duit kene cukuplah. Ini pon selamat banyak yang ditanggung. Penginapan, makanan, Ezlink(kad pengangkutan di sana, naik bas, mrt semua pakai tu..itu pon ditanggung:) siap dapat "duit raya" lagi..Syukran sangat-sangat...Kepada  Unaizah dan keluarga, Hasanah Jamaludin dan keluarga, Jaja diranie dan keluarga .kepada amirah, Abang Faizal dan semua yang terlibat..Jasa kalian sangat bermakna dalam hidup ini,,Moga diberkati Illahi..Amiiin...Alhamdulillah..

Jumlah keseluruhan sendiri Hanya RM200..:) Speechless..


                              

Kisah 2: Permusafiran Penuh Teguran. Part 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jujur jari jemari ini sudah lama tidak menari menaip entri terkini. Hampir sahaja password blog ini luput dari ingatan, masakan tidak sudah berbelas bulan tiada post tambahan.

Jika ingin mengomel pastinya memakan masa yang lama untuk dibaca, tujuan penulisan ini juga adalah untuk persediaan menulis latihan Ilmiah pada semester hadapan. Biar ada rasa semangat itu hadir dalam diri si pemalas ini.

Istilah MUSAFIR sangat dekat dengan diri ini. Teman-teman seringkali bertanya kepada aku setiap kali waktu Cuti :

Sahabat : weh Radi, cuti ni ko ke mana jer?
Aku : tak tahu lagi, kalau ada rezeki ada la.

Jikalau difikirkan perihal rezeki, ulat dalam batu juga mampu hidup berdikari. Aku bukan orang yang kaya, namun aku punya jiwa dan rasa ingin menjelajahi dunia. Jujur, di sini kita bermain dengan niat dan azam kita. Jika kita ingin sesuatu, pastikan ia berlaku. Untuk ia berlaku pasti laluannya berliku-liku.

Bermula tahun 2010 aku sudah mula ke luar negara dimulai dengan negara China (sudah diceritakan di post sebelum ini), diikuti negara Mesir (tidak cerita secara menyeluruh), kemudian Indonesia (ada juga post berkaitan dengannya), diikuti pula Singapura ( sudah dinukilkan ), diteruskan lagi dengan negara Thailand ( belum dikongsi lagi kisahnya), kemudian Korea ( masih ternanti-nanti untuk menulis mengenainya), seterusnya Sri Lanka ( akan dikongsi kisahnya) dan Terakhir Saudi Arabia .
8 negara kesemuanya tidak termasuk Kuwait yang hanya transit sahaja.

Kesemua negara-negara ini ada kisahnya tersendiri dan yang pasti saya teringin sekali ingin berkongsi berkaitan kehidupan masyarakat di sana terutamanya masyarakat Islam. Rugilah sekiranya kita ke negara orang cuma berjalan untuk keseronokan. Maka saya lakukan sesuatu yang bermanfaat untuk semua iaitu sedikit kajian yang akan saya rekodkan melalui penulisan.


Baiklah, bila kita bercakap soal Saudi Arabia, pastinya kita akan terbayang masyarakat arab, orang yang kaya, pendidikan percuma dan sebagainya. Namun bila kita bercakap mengenai Umrah atau Haji, ialah lebih specific, kita terbayang Masjid Nabawi yang berkubah hijau, dan Masjidil Haram yang terletaknya Kaabah di tengahnya. Menjadi Qiblat umat Islam seluruh dunia.

Tidak tahu saya ingin mula dari mana, bila teringat mengenai kisah perjalanan ke sana, bibirku menguntum senyuman dan kadang-kadang air mata mengalir tanpa diundang.

Sebenarnya perancangan ke kota Makkah dan Madinah sudah lama dirancang sejak tahun lepas lagi. Sudah saya maklumkan kepada kedua iba bapa dengan lafaz :

Aku : Mak, arid cadang nak pergi umrah la bulan 7 (2012) ni, Ramadhan di sana.
Mak : oo.. Ok. Kumpul duit.
Aku : ok.

Perbualan ini hanya bermula di FB semata, biar ibubapa tahu dulu hajat anaknya.

Namun, ia tergendala kerana tawaran International Student Centre U.M yang memberiku peluang untuk Ke Korea selama tiga minggu. 70 % ditanggung oleh U.M dan 30% sendiri (sekitar Rm600). Saat tawaran ini kuterima, terus ku hubungi ibu untuk minta pendapatnya. Aku sedikit pon tidak terfikir untuk ke Korea, aku bukannya peminat filem korea, Kpop dan sebagainya. Pendek kata, Korea tiada dalam kamus hidupku. Namun perancangan Allah itu lebih baik. Kita rasa dulu baru kita tahu. Memandangkan wang tabunganku masih belum cukup untuk umrah yang memakan kos yang agak tinggi, aku terus menerima tawaran ke Korea.



Saat itu, aku sudah terfikir. Lambat lagilah nampaknya aku akan ke tanah suci, wang tabungan sudah habis digunakan  sewaktu berada di Korea. Namun Allah itu maha pemurah, aku masih diberi peluang untuk mengajar Home Tuition yang gajinya Alhamdulillah mampu membuatku berfikir semula mengenai perancangan ke Tanah suci sedangkan teman-temanku yang lain berkira-kira untuk beli motor baru mahupun gadjet terbaru.

Nah, masanya sudah tiba. Wang sudah terkumpul walaupun belum cukup sebenarnya. Sebulan sebelum bertolak ke Tanah suci, aku masih tercari-cari agensi yang termurah. Pada awalnya ingin saja aku pergi secara sendiri, tanpa melalui agensi. Namun Visa umrah hanya boleh diambil melalui agensi. Aku ingin pergi dengan Kos yang paling kecil.

Kisah Permusafiranku bermula di sini :

Selesai urusan kos dengan Syarikat Darul Mubarak yang menawarkan harga agak menarik dengan kos Rm4850, namun saya tolak kos makanan dengan tujuan untuk makan sendiri tanpa pakej yang diberikan. Justeru menjadikan kos yang perlu aku bayar hanya Rm4400.

KLIA ke Sri Lanka.



Tarikh 30 Februari menjadi titik tolak permusafiran ini, bermula dengan salah faham waktu perjalanan dan kelewatan aku ke Airport telah menjadikan aku dikenali di kalangan jemaah umrah yang terdiri dari mak cik dan pak cik yang tidak ku kenali. Bayangkan aku dimaklumkan Flight berlepas pada jam 8 malam, walhal sebenarnya flight berlepas jam 4 petang. Mujur aku tiba 5 minit sebelum kaunter check In Bagasi ditutup. Ketua rombongan maklumkan pada aku yang semua jemaah sudah berdoa supaya saya sempat tiba dan tidak terlepas. Kalau terlambat, pastinya aku tidak akan ke tanah suci.

Bermula pada waktu itu, nama Meor sudah mula disebut-sebut oleh jemaah Umrah. Umur aku yang masih muda ini membuatkan makcik mak cik dan pakcik-pakcik tertanya-tanya. Ini kerana Saya pergi seorang diri tanpa keluarga mahupun kenalan di sisi......

Bersambung......

Kisah 1 : Haromi Qolbi (part 1)

By: Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi

Part 1: -----------


Masjid Al Munzirin Sekolah Menengah Dr. Raja Nazrin Shah( SARJANA) kelihatan sunyi  dan suram.  Kelihatan para pelajar duduk tekun mendengar bait-bait ucapanku. Pelajar perempuan yang kemas bertelekung juga sudah hampir melimpah ke kawasan luar masjid. Aku yang agak gugup terus memberikan tazkirah bertajuk “ Hiburan Dalam Islam “ yang menekankan soal bagaimana seseorang  yang bergelar muslim berhibur untuk mengisi masa lapang mahupun menghilangkan tekanan dengan cara yang agama tetapkan, bukannya mengikut hawa nafsu jauh sekali bersifat hindonisme iaitu hiburan yang melampau. Masa berputar laju, tazkirah maghrib yang pada awalnya agak berat bagi aku seakan-akan menjadi ringan dan seronok kerana dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

“ berat juga ana nak habiskan ceramah ana ni, tapi disebabkan isyak pon dah masuk, terpaksalah ana berhenti ya. Satu lagi perkara yang mungkin agak mengejutkan, ana ingin mohon maaf jika sepanjang ana berada di sini, ana ada melakukan kesilapan yang mungkin ana tak sedari, kita manusia pasti ada melakukan kesalahan, ana juga doakan kepada sahabat-sahabat seperjuangan untuk tamatkan STAM dengan mendapat keputusan yang baik, kepada pelajar PMR dan SPM pula, lakukan yang terbaik dalam peperiksaan yang makin hampir ni. Ana tak dapat habiskan STAM kerana mendapat tawaran belajar di tempat lain. Ana dah buat keputusan yang ana rasa terbaik untuk hidup ana. Sekali lagi ana mohon maaf. Dah-dah, jangan nak sedih-sedih macam drama pula. Sekian, wabillahhi taufiq wal hidayah. Wassalammualaikum wa rahmatulllahi wa barokaatuh.”

Salamku disambut hampir serentak oleh para pelajar . Ada yang seakan-akan terkejut kerana mendapat tahu bahawa hari tersebut adalah hari terakhir aku di SARJANA, terutamanya anak usrahku. Walaupun usrah yang aku jalankan hanya sekali seminggu dengan mengumpulkan adik-adik usrah daripada tingkatan satu hingga lima yang kesemuanya berjumlah 10 orang, aku sudah berasa seperti sangat dekat dengan mereka. Setiap kali perjumpaan, ada sahaja soalan-soalan yang mereka lemparkan dan adakalanya soalan-soalan yang ditanya menjangkaui  pemikiranku sebagai seorang yang digelar naqib di sini. Naqib, panggilan yang adakalanya membuatkan diriku malu dengan gelaran tersebut dek kerana tingginya tahap menjadi seorang naqib. Tetapi aku...sikap aku, cara hidup aku..... Pernah aku katakan kepada anak usrahku.

“jangan gelar ana sebagai naqib kerana nak menjadi seorang naqib ini sangat susah, perlu melepasi beberapa fasa terutamanya tahap pemikiran. Panggil sahaja abang Radi. Jujur ana katakan, kalau nak bergelak tawa atau bergurau senda dengan ana. Tafaddol. Korang pon tau kan perangai ana ni gila-gila sikit. Tapi satu je ana minta, jangan naik kepala ye. Naik kepala siaplah…. Ana gurau jela dik, jangan takut, tapi yang penting jaga adab, itu je ok.”  Aku sempat menerangkan istilah naqib itu sendiri sambil memberi amaran supaya jaga adab-adab dengan orang yang lebih tua. Bak kata-kata yang pernah aku dengari. “Yang muda disayangi dan yang tua dihormati.”

……………………………………………………………

“Radi, anta betulke nak pindah.” Sapa Hafiz secara tiba-tiba.

“oh Hafiz, terkejut ana, ingat sape tadi. Ye. Serious.  Ana dah fikir habis-habis dah, sampai nak pecah kepala ni fikir.” Aku menjawab spontan. Sambil tanganku tangkas menyusun pakaian yang sudah dilipat ke dalam beg.

“tapi aritu anta dah janji dengan ana dan sahabat-sahabat lain nak habiskan STAM dan belajar di Azhar sama-sama,”

“ye ana tau, tapi ana tak mampu Fiz, maaf sangat-sangat. Ana rasa memang ni adalah keputusan yang terbaik. Anta pon tahukan, result ana untuk peperiksaan aritu ada lima gagal. Banyak tu Fiz, dahla ana ni agak malas orangnya.

“alasan anta je tu, ana yakin anta mampu Radi. Ana pun gagal lima subjek juga. Cuba tengok kawan-kawan yang lain. Banyak je yang gagal. Ana tak nafikan, memang agak susah exam aritu, inikan baru permulaan,  takkan sebab tu anta nak pindah. Anta sebilik dengan Syazwan. Syazwan boleh ajar anta ,dia masyi.”

“ Fiz, bukan sebab tu je la, ada sebab-sebab yang  tertentu. InsyaAllah. Nanti kalau ana sambung master ke PHD ke, ana jengukla korang semua di sana ok.”

“apa-apa ajela anta ni”

“Fiz!!”

.................................



“Radi jom, dah nak masuk Flight, menung  pula dia” Farhan melenyapkan lamunanku. Kisah silamku ghaib serta merta umpama cahaya.

Telefon bimbitku diambil sambil jariku menaip:

-mnuju ke dlm Flight. Akan transit di Kuwait dan kmudian ke Cairo. Doakn smoga slmt smpai. Amiin. Moga diberkati- . Mesej ini terus dihantar ke nombor 32665 iatu FB mobile untuk  dipaparkan di dinding Facebook aku. Lebih mudah dan jimat.

Beg galasku disandang rapi. Agak berat muatannya.  Kakiku terus melangkah mengekori sahabat-sahabat yang lain memasuki perut Pesawat Kuwait 416 yang bewarna putih berbelang biru. Mataku melilau mencari tempat duduk bernombor 26A. Pesawat Kuwait itu kelihatan lebih besar berbanding pesawat Shenzen Airlines ketika aku bermusafir ke negara China suatu masa dahulu. Tempat dudukku agak mudah dijejaki kerana berada di tepi tingkap pesawat. Setelah usai meletakkan beg galas, aku melabuhkan punggung ke kerusi yang sangat empuk walaupun aku yakin, aku akan bosan dengan kerusi tersebut dek perjalanan yang terlalu lama. Selang beberapa minit, kapten pesawat mengingatkan para penumpang untuk memakai tali pinggang keselamatan. Pramugari dan pramugara turut menjalankan tugas untuk memastikan para penumpang sudah berada dalam keadaan selamat sebelum berlepas. Tegakkan kerusi, matikan telefon bimbit, pasangkan tali pinggang dan beberapa peraturan lain adalah perkara lazim yang akan diingatkan oleh krew-krew penerbangan. Semuanya adalah soal keselamatan.

Loceng keselamatan berbunyi. Tanda mahu berlepas . Mataku tidak berkedip melihat keadaan luar yang gelap. Pesawat meluncur laju dan hanya tunggu masa untuk melepaskan diri dari cengkaman graviti bumi. Setelah memecut laju beberapa saat, akhirnya pesawat tersebut sudah berada di awangan.

“Alhamdulillah.” Bisikku di dalam hati  sambil fikiranku teringat beberapa peristiwa kapal terbang yang tidak berjaya berlepas malah ada yang jatuh dan terhempas ke bumi semula. Nauzubillah.

Mataku tidak mampu dipejamkan. Apa yang aku fikirkan adalah, apakah misi dan realiti yang bakal aku hadapi di sana nanti.  Sahabat-sahabatku yang lain ada yang sudah lena diulit mimpi, mungkin kepenatan dikuarantinkan sebelum berlepas tadi. Di sebelahku ialah Rizal yang berbadan agak berisi, dia pula sedang khusyuk menonton filem di skrin yang terletak dibelakang kepala kerusi hadapannya. Aku juga turut membuka skrin tersebut, tetapi hanya melihat paparan perjalanan pesawat yang melalui peta dunia. Rasa kagum dan teruja terbit di dalam hatiku. Kagum kerana akal yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia telah digunakan semaksimanya sehingga memungkinkan adik beradik Wright berfikir untuk mencipta kapal terbang. Kisah sejarah ini sudah diketahui umum, bagaimana orang ramai mentertawakan adik beradik  yang digelarkan sebagai gila ini kerana mahu mencipta kapal di padang bukannya di laut. Apabila ditanya oleh orang kampung mengapa adik beradik yang dikatakan gila ini membina kapal di padang bukan di laut, apa jawapan yang adik beradik wright berikan.

“kami bukan mahu mencipta kapal laut, tetapi kapal terbang.” Jawapan yang diberikan oleh adik beradik ini membuatkan hilai tawa orang kampung lebih tinggi nadanya.

Hilai tawa orang kampung hanya dapat dibisukan setelah Orville dan Wilbur Wrights ini berjaya membina dan menerbangkan kapal terbang pertama dalam dunia seberat 337 Kg pada 17 disember 1903 di Kitty Hawk, utara Carolina. Peristiwa ini telah menjadi sejarah dan pencetus kepada idea yang lebih moden  dan hebat saat ini. Terutamanya dari segi kecanggihan sesebuah pesawat.

Pesawat terus meluncur laju ke arah lapangan terbang Kuwait. Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam ini membuatkan mataku mengantuk dan akhirnya gelap dan lelap, cuma dikejutkan saat pramugara dan pramugari yang beruniform kemas semangat mengagihkan makanan pada para penumpang.

Pesawat terus meluncur laju membelahi  suhu langit yang mencecah -50 darjah celcius.  Setelah lebih 7 jam perjalanan. Pesawat Kuwait Airways selamat mendarat di  lapangan terbang antarabangsa Kuwait. Perbezaan masa dan cuaca sudah mula aku rasai.

Travelog 3 : Pengalaman Tidak Diduga Di Indo

                                   


Tanggal 1 februari-5 februari 2011, saya bersama teman saya Amirul (Bukhairy hadir lewat) sempat menjelajah negara jiran kita iaitu Indonesia. Kami ke sana dengan berpakaian sangat ringkas dan cuma bawa beberapa helai pakaian..Tujuan kami ke sana adalah untuk ke pesantren Darul Tauhid bagi silatutrrahim dan mengundang kiai terkenal di sana iaitu Kiai Haji AAGYM ke Malaysia.Beliau pernah diangkat sebagai tokoh agama yang terkenal di Indonesia dan merupakan seorang usahawan yang berjaya di Sana.
Setibanya kami di Soekarno-Hatta airport Jakarta bukan sesuatu yang mudah kerana kami tiada teman di sana atau kenalan malah tour guidenya aja nggak ada. :)..Makanya, saya nanya sama warga indonesia yang ada di airport.

"maaf mas, mau nanya..kota jakarta itu di mana ya" saya berbahasa Indonesia.

"Jakarta itu besar, jakarta timur, utara, selatan..Qm mau  kemana" nada jawapannya agak keras, barangkali dia khawatir sama aq yang nggak tau mahu ke mana. Saya terpinga-pinga.

"o ya, soalnya saya mahu ke kota jakarta. Ok kalau begitu di mana ya punya bioskop" saya bertanyakan soal wayang. Pada fikiranku kalau di situ ada wayang pasti itu adalah bandar yang besar:).

" o, bioskop,,qm ke Gambir aja ya, naik Bis yang arahnya ke Gambir" dia menjawab ringkas.

"makasih ya mas" aku berpuas hati dengan jawapannya.

So aku dengan mirul pun naiklah bas dengan tenangnya membayar 70 ribu Rupiah sekitar Rm25. Sampai di sana lagi pusing, dengan jalannya yang macet(sesak), rakyatnya yang ramai, khawatir juga kalau mikir soal hubungan Indonesia Malaysia yang pernah panas suatu ketika dulu. Tapi nggak apa-apa kerna saya udah nyamar diri sebagai warga Jakarta:).

"mas dari mana" soal seorang warga indonesia bernama Dido.

"saya dari Jakarta" Saya menjawab tenang.

"Jakartanya di daerah mana ya" dia bertanya lagi.

"hmmmm" aku bingung seketika seraya menjawab " dari Jakarta ia di jakarta." Aku tersenyum tersipu-sipu.

Hari pertama aja udah nonton bioskop di Senen Mall berjudul "Hantu Janda Keranjang" jujur ceritanya bagai apa aja sieh, aku mau nonton dalam Mihrab Cinta tapi soalnya udah nggak ditanyangin lagi..Makanya filem hantu aq nonton. Seusai itu problem untuk cari tempat istirehat dan bermalam juga tiba. Iya soalnya kami mau cari tempat yang paling murah, kalau di hotel aja kan mahal, setelah pusing-pusing sekitar 3 jam, baru ketemu sama namanya wartel, lumayan juga,,harganya 90 ribu sekitar Rm30..Alhamdulillah bisa istirehat dengan tenang kerna malam-malam seterusnya kami cuma tidur di masjid dan stesen kereta api aja:)..

Keesokan harinya tibalah saat pertemuan yang nggak dirancang dengan rapi. Sila baca ini ya:) :

"ceritanya begini..tujuan utama sy ke jakarta bukan ini..ini tak dirancang sama sekali...soalnya saya di indo selama 5 hari..terus hari pertama di jakarta..mau ke bandung hari ketiga,,soalnya gak tau tempat apa yg bisa dilihat di sini,,,so,,sy ngn mirul main redah jela ke mana2,,naik turun angkut(van),,naik bajai(roda tiga),,cari penginapan,,sesat,,nak cari murah punya pasal...tapi yg best tu..sesat, main redah jalan ikut hati sambil tanya2 rakyat indo di sana..Mujur juga sy bisa ngobrol dalam bhs indo..hari pertama tu kantoi jugak nak ckp..diorg boleh cam aku ni malaysian..hari kedua,,aku udah lulus:)..Alhamdulillah..so hari kedua kebetulan ada kawan FB cadangkan atau sarankan datang ke Kampung artis,,katanya seperti universal studios...so aku ok jela,,sementara nak tunggu hari Rabu..nak ke kmpung ni tak mudah seperti di sangka..memg mencabar,,,naik turun angkut lagi,,tanya org..akhirnya jumpa..

so di sana ada kakak yg aku kenal daripada kwn FB aku..dia nak perkenalkan aku pada kang Abid..kebetulan aku pernah jumpa dia time Nilam puri..dia pon masih ingat juga...so aku dan mirul pon secara tak sengaja udah dibilang sebagai Tetamu istimewa kang abid...borak2 ngn dia..pastu dia perkenalkan pada mas Furqon,,,time tu tak perasan dia ada dalam bilik...sembang2 kejap saat itu juga ada Pak Dani SapawiE, Sutrada KCB,.kemudian...kang AbiK (traktir) belanja makan dan minum air teh..kemudian,,sorang2 pelakon KCB dtg,,Mbak meyda atau Husna, kemudian, mbak Oki atau mbak anna..kemudian Mas azzam atau mas Odi..kemudian Mas Ilyas atau Mas Dude Herlino..kemudia sape entah tak kenal...so kami pon diperkenalkan satu persatu...sembang punya sembang..mujur bhs indo aku time tu dah lancar sikit...diorg pon bnyk bertanya...mas azzam plak ada bawa buah anggur dan yg lain2 pon ada bawak maknan masing2,,aku je tak bw,,tapi mbak anna bilang kami datang bawa luck( tetamu)..tak pernah diorg berkumpul seramai itu sebelum ini..

so..kesimpulannya..aku banyak berdiskusi Ilmiah sama Bu Zulfa( mbak renney), mabk Husna, mbak meyda, mbak anna dan diorg juga banyak tanya pasal malaysian, Bahasa terutamanya..kemudian solat berjemaah la...makan sama2..last2,,sampai nak maghrib dah..9 jam lepak ngn diorg,,kami nak balik pon diorg nak tanya macm2 lagi,,dah mcm member je diorg layan..memg terbaikla...kesannya aku plak rasa berat nak balik..ha3...tapi agenda utama masih belum selesai...jam 6 aku ngn mirul dah bertolak ke stesiun bas...jam 7 lebih ke bandung..sampai sekitar jam 11 malam..naik teksi terus ke pesantren Darul Tauhid...di bandung mcm cameron..dingin...so kami tidur Di masjid..subuh berjemaah dan dgr kuliah Kiai Aagym atau nama sebenarnya Abdullah Gymnastiar( ayah nya tentera..selalu pergi Gym..so namanya begitu..ini yang beliau bilang saat kuliahnya)..memg mantap kuliah dia..best:)..esok akan diuruskan beberapa perkara lain:)..moga dipermudahkan..amiin..sekian

"maaf tulisannya campur2 indo malay..cadang nak tulis indo semua tapi takut tak faham:)"

Radi: 3-2-2011
warnet(c c) Bandung Indonesia.
Sumber FB Ku:)


untuk liat foto-foto yang selebihnya klik di sini aja ya:)  http://www.facebook.com/media/set/fbx/?set=a.1633291035547.2084276.1334814997

Setelah usai pertemuan ini, kami terus ke Bandung menaiki Bis(bas) mengambil masa sekitar 4 jam lebih, setibanya di Bandung naik taksi terus ke Pesantren Darut Tauhid.  Bandung cuacanya agak dingin persis di camneron Highland. Kami tidur di Masjid Pesantren aja,. Esoknya subuhnya udah punya kesempatan solat sama kiai haji Aagym bareng dengar kuliahnya:

teringat Pesanan KH AAGYM kuliah subuh pagi itu..rejeki itu semuanya udah ada...kalau difikirin..saat kita dalam kandungan ibu..ibu kita mengidam mcm2..ada yg ngidam tempe, bakso,ayam penyet, pisang, nasi kuning, nasi endet dan macem2 lagi..pernah gak kita terfikir kenapa idung kita gak seperti pisang saat lahir,,rambut kita gak kayak mee..semuanya sama kan..itu rezeki yg utama,,sempurna tubuh badan,,,kalau dalam perut ibu gak sempurna lagi kerana gak adak otak @ akal..bila udah keluar,,kenapa kita gak fikir yg kita punya hutang ma pencipta,,kenapa ya kita berkira dgn rejeki Allah..Allah gak pernah berkira dan rejeki yg kita dapat semuanya dariNYA juga..Kemudian bila udah besar..kita udah bisa mau cari makan sendiri,,beli kerepek, gula2 dan macem2 lagi..kemudian bila tua udah gak punya gigi,,kita disuapin oleh anak2 kita,,kemudian bila gak bisa ngunyah,,kita diinvius(makan secara saluran,,tiub)..itukan semuanya rezeki,,kemudian bila gak bisa diinvius,,kita dikuburin...Nah,,coba liat betapa Allah itu ngasi rejeki pada hambanya.tapi kenapa ya hambanya berkira dalam soal sedekah..Coba bayangkan..

kalo kita punya uwang Rp20 000( Rm 6 ) berapa yg bisa kita sedekah atau infakkan pada masjid???

jawapannya pasti gak ada kan..Allah maha mengetahui hati hamba2nya..


Kemudian jika kita punya wang Rm21 000,,berapa ya kita akan sedekahkan..

jawapannya barangkali Rp 1 000 aja..


kalo punya Rp 26 000..?

disedakahin Rp 1 000 juga kerna masih punya baki Rp 25 000..


ya Allah,,betapa sukarnya kita mau bersedekah...padahal,,sedekah itu sebenarnya menambahkan,,bukan mengurangkan..coba liat Pesantren ini..semunya Rejeki Allah...ada hamba Allah yang gak mau dikenali udah mau infakkan hartanya untuk pesantren ini...semuanya Rejeki dari Allah juga...makanya nanti jangan keluar dari masjid jika gak bisa sedekahin ke tabung Infak....

MasyaAAllah....

Masjid Pesantren Darul Tauhid,

Bandung Indonesia..

selama 2 hari kami di sana sempat juga aku dan mirul merayau-rayau sekitar Bandung dan mendaki Tangkuban Perahu yang sangat terkenal di Bandung dan pada malam itulah seorang lagi teman saya, BUkhairy Sofian tiba. Dia sebenarnya orang kuat dalam pertemuan dan perjumpaan ini, tapi disebabkan dia ada urusan di Malaysia, dia terpaksa batalkan tiket untuk ke Indonesia bersama kami. Alhamdulillah dia boleh datang ke Bandung secara bersendirian, memang mantaplah akhi:)..Setelah usai perjumpaan dengan K.H Aagym, dan melawat sekitar Pesantren darut Tauhid yang sangat hebat dengan stesen radio dan Tv sendiri, punya bank, rumah anak Yatim, sekolah, pasaraya, klinik dan sebagainya. Sangat menakjubkan:).Rasa seolah-olah seperti kehebatan islam terletak di kawasan ini. Kemudian beli belah sedikit terus naiki kereta Api ke Jakarta dan pada malam itu kami tidur di atas kerusi stesen kereta api sahaja dan paginya kami terus berlepas ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah.Selamat semuanya..Pengalaman yang tidak diduga secara totalnya.:)

                           

Cerpen 5 : Tenangkah Arwah ?


Tenangkah Arwah??

Wajahnya pucat mencuka, badannya menggeletar seakan-akan mahu menyatakan sesuatu perkara, rupanyanya yang cantik sebelum ini telah berubah menjadi buruk gara-gara kemalangan yang dialaminya. Kemalangan yang meletakkannya berada di ambang sakaratul maut. Waktu terus berlalu dan pada akhirnya, dia pergi meninggalkan dunia.

Ahli keluarga, teman-teman kenalan, orang kampung sudah memenuhi rumah keluarga Nur yang merupakan antara gadis cantik dan dikenali ramai di kampung Jawang itu. Teman lelakinya dari tadi seolah-olah hilang kewarasan diri, tangannya berbalut simen akibat patah, kesan darah di dahinya masih segar, air matanya deras mengalir, ingatannya terus memutarkan peristiwa kemalangan yang mengakibatkan teman wanita kesayangannya meninggal. Kereta kancil miliknya bertembung dengan sebuah lori. Sangat tragis.

Di suatu tempat yang lain iaitu di alam maya, teman-teman yang pernah berkenalan dengan gadis bernama Nur ini juga telah mengetahui berita mengenai kemalangan dan kematian arwah.  Ramai yang sangat terkejut dengan berita tersebut. Semuanya melalui FACEBOOK.” Ceritaku Cerita Mu Jua”

“Salam kawan-kawan, tahu tak kawan kita yang couple dengan Zaid tu dah meninggal dunia pagi tadi” post dari salah seorang kawan arwah diikuti dengan komen pandangan dan kritikan positif dan negatif.

“Takziah diucapkan kepada keluarga Nur, moga tabah menghadapi apa yang berlaku. Aku pasti merinduimu (Nur Kushairah )” . Nama Nur Kushairah dibirukan lantas post sahabatnya ini dipaparkan di dinding FB arwah.

Akaun Facebook arwah menjadi tumpuan pada hari itu, ramai teman-teman lamanya mahupun kenalan FB mengucapkan takziah dan mendoakan kebaikan. Gambar-gambar arwah dengan pelbagai aksi manja, cute dan sebagainya juga menjadi tatapan buat teman-temannya. Hampir 2000 lebih gambar arwah dimuatkan di akaun FBnya sendiri. Gambar ketika bersama teman-teman, bersendirian dan terutamanya bersama teman lelakinya.

Status demi status yang dipostkan oleh arwah juga dilihat kembali, status-status yang tidak lari pada kisah dirinya sendiri.

“hai FBians, sy sihat hari ni, korang camne he3″

“laparnya…”

” tite tuke tangat-tangat ari niewwww”

“saya rindukan awak..rindu sangat-sangat”

“ada orang ingat dekat saya tak hari ini”

“arghhhhh,,,ada jerawat tumbuh di pipi..Dusshh..Grrrrrrr..”

“jom gi wayang tengok KL Gangster nak ??”

“tengah makan di StarBuck bersama yang dicintai”

“jangan lupa komen gambar-gambar baru saya tau FBians yang dicintai”

Pelbagai lagi jenis status-status arwah yang dibaca semula oleh teman-temannya.

Dan ini status FBnya yang terakhir, “OTW ke Mid Valley bersama cintaku Zaid dengan kereta Kancil cutenya :) ”.

Ada juga beberapa kenalannya yang memohon agar FB arwah dinyahaktifkan kerana ada sebahagian besar gambar arwah tidak menutup aurat malah mampu mengundang nafsu amarah kepada si pelihatnya. Komentar daripada pelihatnya ada juga yang berbaur lucah dan sebagainya. Tetapi permintaan kenalannya itu tidak dapat ditunaikan gara-gara password dan username arwah hanya diketahui oleh si arwah sendiri, malah ibubapanya sendiri tidak mengetahui akan kewujudan FB anaknya di alam maya.

Post demi post diletakkan di wall arwah, komentar demi komentar diberikan, sejarah lama arwah juga diperbahaskan. Gambar demi gambar dipertikaikan. Si teman lelaki arwah sudah tidak mampu membalas kritikan dan komentar daripada teman-teman FB arwah. Gambar-gambar arwah terus diperbahaskan tanpa sempadan. Walaupun ramai yang bersimpati tidak kurang juga yang memerli dan mencaci.

Tahun demi tahun berlalu, acap kali ulang tahun hari lahir arwah, FBnya dijadikan tempat untuk dipahatkan ucapan selamat. Report mengenai akaun FB arwah sudah ramai yang lakukan namun masih kekal kewujudannya.

“Moga arwah tenang di sana”

“saya akan sentiasa mengingati awak”

“saya rindukan awak, selamat hari lahir Nur”

Teman-teman rapatnya akan melepaskan rasa rindu di dada FB arwah.

“Hai gadis cantik, selamat hari lahir”

“ehem-selamat hari lahir, saya baru tengok gambar-gambar awak, cantik sangat, boleh berkenalan”

Tidak kurang juga yang baru mengenali arwah dan tidak mengetahui akan berita kematiannya.

“kepada rakan-rakan FB yang tidak mengetahui akan berita kematian arwah, Sesungguhnya arwah telah lama meninggalkan kita, harap kita membincangkan soal kebaikan arwah sahaja”

Seorang teman baik arwah mengingatkan teman-teman FB arwah mengenai kematian arwah. Ramai juga yang tidak tahu.

Antara komen yang dibalas…….

“dah meninggal ke..ushh, silap target orang pula..maaf-maaf..Terlepas aku..hu3..Takziah”

Komentar demi komentar, post demi post tanpa tapisan diberikan Setiap tahun kelahiran dan kematian arwah. Setiap gambar-gambar arwah terus kekal berada di dalam akaun FB. Ada juga pihak yang mengambil gambar arwah dan dimuatkan di page-page seperti “Gadis-gadis Kiut” “Senyuman menawan” “ Gadis tudung Melayu” “wanita idaman lelaki” dan sebagainya. Gambar-gambar yang diambil sudah pasti tanpa izin si empunya diri. Almaklumlah, FB ini kan hak peribadi bersama. Sesiapa sahaja mampu mengaksesnya.

Kesannya terus mengalir kepada si arwah. Bagaimanakah keadaan arwah Nur Khusyairah di alam sana. Adakah arwah aman dan tenteram di saat FBnya yang dipenuhi gambar yang tidak membuat si pelihatnya tenang????  Tenangkah arwah?? Apakah tindakan yang mampu diambil oleh teman lelakinya, adakah teman lelakinya itu akan membiarkannya?? Bagaimana pula ahli keluarganya yang tidak tahu menahu soal FBnya.?? Fikir-fikirkanlah..

Tidak salah mempunyai FB tapi fikirkanlah apa kesannya. Tak salah memuatkan gambar tapi fikirkan tujuannya,, Mari kita Fikirkan saat kita tidak mampu mengetahui apa yang berlaku di FB kita.

Apakah yang  bakal terjadi pada FB kita. Tenangkah kita nanti??

cerpen 4 : LOST IN MY LIFE

LOST IN MY LIFE

“Sesat Dalam Kehidupanku”

‘’Penyesalan kebiasaannya akan hadir setelah sesuatu bencana menimpa kita. Persoalannya, perlukah penyesalan itu hadir pada detik itu?

Jawapan TOTAL di tangan kita’’


Kitab itu aku pandang Sayu. Telah lama aku tinggalkan ia tersusun di situ. Hampir empat tahun. Tidak pernah aku terasa ingin menyentuhnya, apatah lagi membacanya.

Hina sangatkah kitab itu padaku? tiada manfaatkah aku membacanya? Persoalan demi persoalan yang tidak ada jawapan negatifnya mengetuk pintu hatiku. Perlahan kakiku bergerak ke rak buatan kayu  jati yang menempatkan kitab itu.

Tanganku dihulurkan seraya memegang erat kitab itu. Kubelek depan belakang. Berhabuk. Lantas tanganku bertindak menyapu habuk yang setelah lama bermaharajalela di kulit kitab itu. Kukucupnya.

Jantungku berdegup kencang, sambil air mataku mula bergenang. Kitab itu kubuka perlahan. Kulihat baris-baris perkataan yang tidak kufahami walaupun mampu membacanya. Tulisan yang suatu ketika dahulu pernah aku mempelajarinya kini sudah kutatap kembali.

Mataku yang sedari tadi menakung air kini melepaskannya jatuh persis air embun di hujung rumput gugur ke bumi.

Air mataku tepat jatuh ke permukaan helaian AL Quran yang menjadi bacaan dan rujukan seluruh umat Islam. Bahkan, Kitab ini diturunkan dengan penuh sejarah dan sistematik kepada Insan terpilih yang diberi nama Muhammad Bin Abdullah. Kekasih Allah.

Ingatanku berputar ligat mengenangkan kembali saat-saat pahit manis yang kulalui sebelum ini.

“yes! lepasni aku dah tak perlu belajar bahasa yang buat aku gila ni.” Aku megah menyatakan sesuatu yang membuatku gembira kepada Zikri.

“rilexla bro, yang ko sampai jadi gila tu apasal? Aku rilexje walaupun setiap kali ujian atau exam, subjek wajib ni fail.” Zikri membalas mewujudkan soalan.

“hei kawan, aku orang melayu ok. Setakat nak belajar English no problemla, but not this useless language .Result aku down because of it.  I hate It” agak ego jawapan yang kuberikan.

“oh my god, poyo siott ko cakap English. Aku tahu la English ko mantap beb,”

“well. You know me. Aku akan pastikan, I will fly to europe to continue my study.”

“ko boleh la, keluarga berada. Setakat nak fly europe, kenyit mata jela. Aku setakat fly sekolah bolehla ha..ha..ha.” Zikri memujiku. Ketawanya mendatar.

Siapa tak kenal aku. Anak seorang dato’ ternama merangkap pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaa Agama Slim River. Nama Dato’ Bukhairy sudah tidak asing lagi sebagai penyumbang terbesar sekolahku ini.

Namun, kemewahan ini tidak digunakan oleh aku untuk membantu sahabat yang bermasalah, tetapi digunakan sebagai alatan untuk menunjuk-nunjuk. Sikap negatif ini muncul sewaktu aku berada di tingkatan lima iaitu Setelah aku mula digelar sebagai pelajar senior tertua di sekolah. Aku sudah mula pandai mengarah dan memulaukan program yang berunsur tarbiyah.

Sudah empat tahun aku terpaksa berada di bawah kongkongan abang-abang senior yang tak serik-serik mengarahku dan kawan-kawan yang lain melakukan itu ini. Aku benci, tak ikhlas. Walhal suruhan itu adalah untuk kebaikanku sendiri.

Masuk awal ke surau.

Solat sunat rawatib.

Dengar kuliah.

Berselawat dan wirid.

Baca Al Mathurat dan Al Quran.

Hafal surah-surah wajib seperti surah As Sajadah, Al Insan, Yasin dan Al Mulk.

Memberi salam kepada semua orang.

Aktiviti-aktiviti inilah yang menjadi rutin kehidupan harianku di sini. Bukan harus atau punya pilihan. Tetapi telah dicopkan sebagai perkara WAJIB. Aku yang tidak mahu didenda atau dipandang rendah oleh kawan-kawan yang lain, melakukan perkara-perkara ini tanpa ketulusan hati. Ancaman denda menjadi penyebab utama kulakukannya. Bukan aku tidak boleh memberitahu kepada ayah mengenai hukuman-hukuman yang diberikan, tetapi aku tidak mahu digelar sebagai anak manja dan sebagainya.

Program-program tarbiyah yang dijalankan oleh pelajar sebelum ini sedikit pun tidak memberi kesan kepadaku walau aku mengikutinya. Mungkin disebabkan aku masuk ke kawasan yang digelar sebagai bumi tarbiyah ini atas permintaan Ibu dan ayahku. Aku pada awalnya membentak dan berkeras untuk masuk ke sekolah biasa, namun dipujuk oleh kedua orang tuaku untuk masuk ke sekolah berstatus agama  dengan alasan supaya aku dapat mempelajari ilmu agama yang lebih mendalam.

Kedua orang tuaku beriya-iya menyuruh aku mempelajari agama kerana mereka tidak mampu mengajarku mengenai agama dengan lebih luas. Mereka hanya tahu agama itu berdasarkan lima perkara. Mengucap, solat, puasa, bayar zakat dan tunaikan haji bagi yang mampu. Aku pula, hanya tahu bersuka ria, melepak, tonton tv, main game dan sebagainya.Bukannya ibu dan ayahku tidak menegur dan menyuruhku solat, tetapi sudah penat melayan perangaiku yang tidak suka dipaksa. Sebab itulah mereka memujukku untuk berada di sekolah itu.

“sekarang aku bebas, tidak ada yang mengongkong aku untuk lakukan itu, ini. Sudah penat aku menurut perintah selama ini.’’ aku bermonolog sendirian. Puas rasanya sudah dapat keluar daripada kepompong peraturan. Peperiksaan SPM juga sudah selesai dikuburkan hanya tunggu keputusan.

Aku mula leka dengan dunia tanpa sempadan. Lap top Compaq v3000 menjadi teman setiaku. Lap top ini kuterima sebagai  syarat persetujuanku untuk bersekolah di SMKA Slim River. Melalui lap top ini,  aku sudah pandai melayari pelbagai laman web.Positif atau negatif sama sahaja bagiku.Tiada bezanya.Semuanya indah dinikmati seorang diri. Jari-jemariku pantas menari-nari menekan sesuatu perkataan yang baru kuketahui.

F.A.C.E.B.O.O.K

Ya FACEBOOK. Kawanku iaitu Asyraf yang menyuruh aku mendaftar di FACEBOOK. Katanya boleh dapat ramai kawan dan mudah berkomunikasi. Aku mula mendaftar dan bergiat aktif dalam FB iaitu nama singkatan bagi FACEBOOK. Aku mula menaip di dinding FB ku dan memasukkan gambarku bersama kereta Mercedes Benz milik ayah.

-SIAPA YANG SUDI BERKENALAN DENGAN FIRLI BIN DATO’MUSTAFA- begitulah ayat yang aku tulis. Berbaur riak.

Benar, baru beberapa hari sahaja aku mendaftar, telah ramai permintaan menjadi teman kuterima. Aku menerima kesemua permintaan itu. Komen yang kuterima mengenai perkataan yang kutulis kesemuanya dari gadis. Semuanya ingin berkenalan atas sebab kekayaan dan wajah pan asiaku. Hari demi hari, aku sudah pandai berkenalan dengan gadis-gadis di FB ini.  Cantik-cantik dan seksi-seksi semuanya. Teringatku di SMKA, gadisnya semua bertudung labuh, Ustazah katakan. Itu bukan citarasa aku.

“hye Zati,” aku menghantar mesej melalui FB.

“hye Hensem,” Zati menggoda.Aku terpesona. Bukan kali pertama mendapat jolokan itu. Tetapi ini agak berbeza kerana perkataan ini muncul daripada gadis yang paling cantik daripada 323 kawan wanita yang ku ada. Aku terleka dengan kecantikannya. Rambutnya yang lurus,mata yang ayu,dan mempunyai pakej lengkap sebagai seorang pramugari.

“Thanks.Awak pon cantik sangat,”

“yeke.Nak mengayatla tu,”

“tak la awak,serius awak cantik sangat.I suka,”

“yela.Thanks:P,”

“awak,saya nak kenal awak boleh,”

“buat apa kenal saya. Cukupla kenal dekat FB saya je,”

“tak nakla dekat FB je. Saya nak kenal awak lebih dekat.Please,”

“hmm.Boleh dengan syarat,”

“apa syaratnya awak,”

“awak tak boleh minta nombor saya ok,”

“ala, kenapa pula. Susahla saya nak hubungi awak,”

“I gurau jela awak.You nak no I tak,”

“mestila nak. Berapa no nye awak?,”

“awak bagi no awak dulu,”

“0139453769.awak pula?”

“surprise he..he..he,”

“awak ni. Tak adilla”

“ala awakni. Janganla merajuk. Hilang macho tu. Nanti saya bagila awak mesej ok”

“ok,janji,”

“ye I janji sayang”

Sayang. Perkataan yang membuatku hilang arah. Perkataan yang benar-benar memanah hatiku.

Hubunganku dengan Zati bertambah intim, hampir setiap hari aku menghubunginya,kadang-kadang aku menambahkan prepaidnya sebagai tanda kasihku.Banyak duitku dilaburkan dalam menjalani proses percintaanku ini.

Minggu depan. Aku sudah tetapkan waktu umtuk keluar bersama dengan Zati. Gadis itu memang pandai menggodaku. Suaranya yang manja menambahkan dos cinta yang kian mekar di jiwaku. Zati aku hanya kenal sekadar rupa parasnya yang sangat menawan. Itu sahaja. Latar belakang keluarga tidak ku hiraukan.

Hari demi hari berlalu. Kehidupanku makin parah. Parah dalam meriah. Meriah dek keseronokan yang menujah kearahku. Bagai dalam syurga rasanya. Syurga yang dibina oleh syaitan musuh nyata.

Kali pertama tanganku disentuh wanita yang bukan mahramku. Sejuk rasanya. Zati bagai tidak mahu lepaskan genggaman tangannya dari tanganku. Aku juga begitu,suka diperlakukan begitu. Taman bunga Bukit Kiara menjadi pilihan pertemuan kami. Zati yang mencadangkannya. Katanya,di situlah tempat terbaik untuk kami. Orang tidak ramai. Kalau ada pun,semua buat ‘kerja’masing-masing.

‘’Firli sayangkan Zati?’’ tiba-tiba soalan yang tidak dijangka keluar dari bibir Zati.

“mestilah sayang, kalau tak, takkanlan I Sanggup datang jauh-jauh untuk bertemu dengan you,” aku menjawab penuh manja.

“I lagi sayangkan you tau,seluruh jiwa dah tubuhku,” Zati mencubit hidungku.Aku bagai terpaku.Seronok.Bahagia.Imanku yang semakin kecil seakan membentak.

Syaitan mula melaksanakan tugas hariannya. Bukan susah sangat kerja syaitan kali ini. Sudah berduaan dan bersentuhan. Hanya tunggu saat sahaja syaitan-syaitan berpangkat rendah ni ketawa berdekah-dekah dan berpesta meraikan kejaan. Setiap perbuatan berjaya kututup dan rahsiakan daripada pandangan keluarga. Bagi mereka aku adalah anak yang baik.

Bulan Mac muncul lagi. Keputusan peperiksaan SPM juga sudah diumumkan. Terpaksa aku datang semula ke sekolah yang amat kubenci untuk menuai hasil usahaku dalam peperiksaan tempoh hari. Bagai tempat sampah sahaja sekolah itu dalam pemikiranku.

Tenang. Sedikit perkataan gementar pun tidak wujud dalam hatiku.

“’Baik  atau tidak keputusannya. Aku tetap akan ke luar Negara,’’ monologku sendirian.

Seperti dijangka olehku. Keputusanku hanya Cukup-cukup makan sahaja. 3 A dan subjek lain semuanya kredit kecuali bahasa Arab.

Keputusan itu kuberitakan kepada ibu ayahku.

“hmm.Cukup-cukup makan sahaja. Tapi kelayakan untuk belajar di University Of  Stirling,Scotland sudah cukup.English pon A1.” Dato’Mustafa sudah bertanyakan perihal Universiti tersebut kepada rakannya yang menetap di sana. Walaupun yuran perbelanjaan agak tinggi dan kos sara hidup sangat lumayan, demi kebaikan dan janji ayah kepadaku,membuatnya rela dan akur dengan kehendakku.

“betul ni ayah?” aku meminta kepastian.

“yes. Tapi Firli kena jaga tingkah laku. Agama jangan lupa,” ayah mengiyakan.

“ok. I’m promise, I love you pa,” aku bagai rasa ingin melompat ke arah ayahku kerana terlampau gembira.

Hajatku untuk belajar di luar negara akan tercapai. Tambahan Scotland adalah salah satu destinasi yang belum kulawati.

Australia,Belanda,China,Canada dan Jepun adalah antara negara-negara  yang pernah kulawati. Tidak lupa kota Makkah, mengerjakan Haji dan umrah ketika habis darjah enam.

Kini aku akan ke Scotland yang merupakan sebahagian daripada United Kingdom dan meliputi bahagian utara Pulau Great Britain serta berkongsi sempadan darat di bahagian selatan dengan England. Selain itu, Scotland juga mengandungi lebih daripada 790 buah pulau yang termsuk Pulau Arran, Pulau Orkney, Pulau Skye dan lain-lain.

Janji hanya tinggal kata-kata manis yang mudah sewaktu menuturkannya. Aku bagai hilang arah, kalau sebelum ini aku masih tunaikan sembahyang walaupun ada yang perlu diganti, puasa tidak pernah tinggal dan boleh dikategorikan sebagai insan yang masih bermoral.

Tapi kini sudah hilang semuanya. Semuanya bebas bagiku, jauh dari pandangan dan pertanyaan keluarga. Budaya barat sudah menjadi ikutanku. Pergaulan bebas,pengambilan arak dan segala perbuatan yang dilarang oleh agama bagai menjadi gula-gula getah yang bisa kukunyah sesuka hati.

Perpisahanku dengan Zati telah diganti oleh seorang gadis berambut perang bernama Jennifer. Bermata biru. Wajahnya sangat cantik. keturunannya rakyat Canada atau canadian. Dia merupakan rakan sekelasku. Bagai pasangan suami isteri sahaja lagak aku dan dia. Tiada yang ambil peduli.

“honey,don’t forget to come to my house this night. I have a something special for you,” Jennifer mengingatkan aku supaya tidak lupa datang ke rumahnya malam itu dan dia mengatakan ada sesuatu yang istimewa buatku.

“really,what that Jen?” aku penasaran. Ingin tahu mengenai kejutan itu.

“no . I can’t tell you until tonight ok,” Jennifer bertegas tidak ingin beritahu sehingga malam itu.

“ok Fine.I will be there,” aku mengalah.

Bukan kejutan yang aku terima malam itu, tetapi perbuatan yang boleh membuatkan aku menerima sebatan hudud menurut islam. Sebatan. Aku bagai tidak menjangka perkara sedemikian akan berlaku. Sebelum ini aku agak menjaga diri daripada melakukan perkara terkutuk itu. Aku hanya berpegangan tangan dan berkucupan sahaja. Tetapi malam itu, aku telah diberikan arak dan membuatku mabuk dan berada dalam separuh sedar dan………………………………

Hari demi hari berlalu. Jennifer telah kutinggalkan. Dia seakan gembira dengan kehendak aku itu.Keputusan pelajaranku pula sangat teruk tetapi di pengetahuan kedua orang tuaku sangat baik. Aku terpaksa berbohong bagi menjaga hati mereka.

Suatu hari sewaktu aku berjalan untuk makan tengahari dengan Fahmi sahabat serumahku. Pandanganku samar.  keadaan sekeliling seakan berputar.Laju.

“Fir. Are you ok bro?”Fahmi bertanya. Aku masih mendengar pertanyaannya dengan jelas.

“yes..I’m o……,” aku menjawab perlahan dan pandanganku gelap.

Badanku sangat lemah. Panas. Aku disuntik. Doktor mengambil sampel darah aku untuk pemeriksaan. Bimbang. Penyakit yang telah membunuh ribuan manusia iaitu H1N1 yang bermula di negara Mexico telah menggemparkan dunia. Langkah berhati-hati telah diambil oleh semua negara seperti sekatan dan pemeriksaan bagi pelancong yang baru tiba dari negara yang disyaki. Aku juga mungkin disyaki. Suhu badanku melepasai paras 37 darjah.

Tetapi keputusan yang aku terima dari doktor lebih teruk daripada H1N1 atau segala penyakit di dunia ini. Fikiranku berputar ligat memikirkan dosa-dosa yang aku telah lakukan.

“Adakah ini balasannya?” aku bertanya pada diriku. Mataku mula berkaca-kaca.

Aku menyuruh doktor merahsiakan apa yang berlaku ke atas diriku. Aku bagai mahu membunuh diri. Tidak ada gunanya aku terus hidup di dunia ini.Semuanya menjadi pahit.

“bunuh diri adalah dosa yang sangat besar. Comfirm masuk neraka,” kata-kata ustaz Arif sewaktu kuliah maghrib berkaitan dengan dosa-dosa besar seakan segar di pendengaran bagai mengopak gegendang telingaku.

“selain itu, berzina!, minum arak yang sama taraf dengan air kencing!, berjudi..,” pendegaranku bagai ditusuk sembilu. Kata-kata ustaz Arif makin kuat kedengaran.

Aku menutup telingaku sekuat-kuatnya. Badanku disengetkan ke kanan dan ke kiri. Bagai kurang siuman lagakku. Jururawat bergegas ke arahku.

“what happening Mr Firli?” Soalan jururawat itu tidak kujawab. Aku masih dalam keadaan yang sama.

Tanganku dipegang kuat dan aku menerima satu suntikan. Beberapa saat sahaja, pandanganku menjadi gelap.

Fahmi dan seorang lagi rakan serumahku, Edikop pelajar Indonesia datang melawatku. Wajah mereka kulihat agak  resah.

“are you ok guys? look so sad,” aku bertanyakan kepada Fahmi dan Edikop mengapa mereka kelihatan sedih. Sepatutnya aku yang paling layak rasa sedih saat itu. Zalimnya aku.

“no,we are fine actually but..”kata-kata Fahmi terhenti. Berat hati menyatakan realiti.

“but what, .just tell me. What’s up?” Munzir tidak berpuas hati.Dalam fikirannya pasti ada sesuatu yang berlaku.

“ok.I really hope , you can be patient deeply Mun. Actually…Its about your parent.”

“hey,what happened with my parent ha?, korang jangan main-main,”Munzir kelihatan tidak tenang. Badannya yang lemah seakan dikuatkan.

“err..your parent had died In an accident.We just got a call from your friend Zikri . I’m so sorry.” Fahmi gagahkan dirinya memberitahu berita yang berhak bagiku untuk mengetahui.Suaranya kelihatan amat berat untuk menuturkat bait perkataan itu.

“what!.Ya Allah. Ujian apakah ini?” aku bagai tidak dapat menerima kenyataan. Aku cuba bangun dari katil pesakit dan hajatku ingin terus berlari keluar dari hospital dan terus ke airport untuk balik ke Malaysia.  Namun badanku yang lemah terlebih dahulu menjatuhkan aku. Kakiku tidak mampu menampung diriku. Aku dapat merasa badanku dinaikkan semula oleh sahabat-sahabatku.Mereka berdua cuba menenangkanku.Aku masih tidak percaya apa yang berlaku. Air mataku mengalir deras.

Sudah seminggu peristiwa ini berlaku. Aku tidak sempat melihat wajah kedua orang tuaku buat kali terakhir kerana aku tiba di Malaysia dua hari lewat selepas hari pengebumian.Semuanya akibat masalah pembelian tiket.

Hanya gambar yang tidak bernyawa sahaja menjadi tempatku melepas rindu.Pelajaranku di Scotland turut tergendala.Kawan-kawanku sewaktu di SMKA Slim River tidak putus-putus menjengukku dan memberi kata-kata semangat buatku.

Saudara-maraku makin lama makin banyak meninggalkan aku. Mereka juga punya banyak urusan lain. Aku bagai keseorangan di dunia ini walaupun seluruh harta peninggalan kedua orang tuaku diserahkan kepada aku yang merupakan anak tunggal. Statusku kini adalah anak yatim piatu. Tidak aku sangka seawal ini.

“sabar Firli. Ana tahu enta mampu hadapi ujian ini. Enta kuat orangnya. Kuatkan semangat. Ingat Allah sentiasa bersama kita. Allah maha penyayang.” Fadhlan yang merupakan bekas ketua umum  SMKA Slim River memberi kata-kata semangat kepada sahabatnya yang dahulu pernah menjadi penentang utamanya.

“terima kasih Fadh. Ana minta maaf sangat-sangat pada enta, ana banyak buat salah.” aku malu dengan peribadinya.

“sudahla. Yang berlalu biar berlalu. Kehidupan kita masih panjang Fir,” Fadhlan terus memberi motivasi. Menyuktik suntikan penguat semangat kepada aku.

“terima kasih Fadh. Ana beruntung pernah bersekolah bersama dengan sahabat-sahabat yang sangat baik.”

“Alhamdulillah,”

Masa berlalu begitu pantas. Nenek sahajalah tempat aku mendapat kasih sayang. Nenekku sudah tua, umurnya sekitar 70 an. Mukanya juga telah menunjukkan kedutan yang penuh dengan nostalgia silamnya sebagai seorang anak, isteri, ibu dan seorang nenek. Namun aku bersyukur, nenek masih mampu menjaga dan menemaniku di rumah yang besar ini.

Kenangan aku bersama kedua orang tuaku bagai bermain-main di setiap sudut rumah.Halusinasi semata-mata.Hatiku bertambah perit setelah mengetahui ibu bapaku mengalami kemalangan sewaktu ingin membeli hadiah di atas kecemerlangan keputusanku di universiti.

“bodoh,zalim dan bangangnya aku,” aku bagai menyumpah diriku. Apa yang ada pada fikiran kedua orang tuaku adalah palsu. Ya Allah. Ampunilah dosa hambamu yang bodoh ini. Zalim. Munafik. Inilah perkataan-perkataan yang kurasa layak untuk diriku.

Aku turut menulis ucapan-ucapan maaf dan perkataan-perkataan yang mencela perbuatanku di dinding FB profilku. Baru sehari aku tulis, pelbagai komen yang aku terima.

” sabor syeikh, jangan cakap macam tu, Allah sedang menguji kita” Radi bekas teman sekelasku menenangkanku.

Selain daripada ucapan sabar dah takziah, aku sangat tertarik dengan ucapan..

“janganlah anta mendoakan sesuatu yang buruk kepada diri sendiri. Tetapi muhasabahlah kembali apa yang telah kita lakukan. Bersangka baiklah dengan yang maha mengetahui. Moga anta sihat selalu dengan rahmat dari-NYA. Takziah dari sahabatmu yang jauh”

Mesej dari profil Zikri. Alhamdulillah. Sungguh tidak aku sangka, Zikri yang sekarang menuntut di Universiti Al Bayt Jordon sudah menunjukkan perubahan yang sangat ketara. Sudah petah berbahasa arab yang dikatakan amat mudah sebenarnya. Bahasa arab,aku pernah menfitnah bahasa itu suatu ketika dahulu. Kejam dan zalimnya aku.

Aku bersyukur, Zikri jugalah yang mengkhabarkan berita mengenai pemergian kedua orang tuaku.

Aku masih mencari identiti ku yang sebenar, biarlah aku habiskan sisa-sisa hidupku untuk menebus segala dosa-dosaku. Aku ingin bertaubat dan aku harapkan Allah menerima taubatku. Aku benar-benar berdosa. Rasa tidak layak menyentuh kitab suci ini. Rasa diri ini begitu jijik. Perlahan-lahan aku membaca ayat-ayat suci yang terpahat di helaian Al Quran. Aku menyelak sehelai demi sehelai. Agak tersekat-sekat bacaanku  barbanding suatu ketika dahulu.

Setelah usai menghabiskan satu juzu’, aku letakkan semula Kitab suci penenang hati di tempat yang asal semula. Aku terus susunkan langkah untuk menunaikan solat sunat taubat dan beberapa solat sunat yang lain, berdoa dengan esakan yang menyesakkan dada.

Penuh dosa diri ini. Noda hitam yang bertatu di hati.

Hatiku kian tenang.Segar.

Aku mula sedar betapa beruntungnya aku pernah menimba ilmu agama dan medapat tarbiyah secara langsung dari sekolah lama. Walaupun aku tidak ikhlas menerimanya, namun Allah tetap  memberi kenikmatan pengetahuan mengenai agamanya.

“Ya Allah, hambamu ini bersujud kembali mengharapkan redhamu. Sudah jauh ku meninggalkanmu. Hidup bersama godaan syaitan iblis laknatullah. Baru kini kusedar, engkaulah tempat aku meminta pertolongon dan pengampunan. Dan kepada engkaulah aku akan kembali. Ya Allah, tuhan yang membolak balikkan hati manusia. Aku berlindung dengan zatmu yang maha agung dari segala bencana. Aku zalim padamu Ya Allah, Ya Allah, aku telah merosakkan diriku ya Allah. Imanku sangat lemah Ya Allah. Berikanlah hidayah kepadaku jauhkanlah azab nerakamu Ya Allah. Sesungguhya engkaulah yang mampu memberi hidayah kepada hamba-hambamu.

Ya Allah ya tuhanku, engkau tempatkanlah kedua orang tuaku di tempat kalangan orang-orang yang beruntung. Aku merindui mereka ya Allah dan aku menyesal di atas kelakuanku terhadap mereka. Ampuni dosaku ya ALLAH ya Ghoffar. Yang maha Pengampun.

Ya Allah. Hanya engkau, aku dan pihak hospital sahaja yang mengetahui mengenai diriku ini. Jika kehidupanku selepas ini mampu membawaku ke arah kebaikan. Maka engkau panjangkanlah umurku dengan keagunganmu dan sekiranya kehidupanku selepas ini mampu membuat diriku lebih teruk maka engkau ambil dan terimalah aku sebagai orang-orang yang telah diterima taubatnya.

Hanya engkau yang maha mengetahui dan mengampuni hambamu yang menghidap penyakit H.I.V ini.” air mataku terus mengalir deras. Pandanganku samar. Air mataku terus mengalir meskipun kelopak mataku perlahan-lahan tertutup.



“YA Allah. Aku mendambakan Maghfirah dari-MU”. Amin.