Tuesday, October 29, 2013

Gedebak Gedebuk Pembuka Bicara


Salam..Have a nice reading.. Pertamanya kita kondominiumkan kesyukuran ke hadrat ilahi dengan kurniaan yang kita terima saban hari, moga-moga dengan kurniaan yang diterima akan dihiasi dengan sesuatu yang berguna bak pohon meredupkan parameswara, kesannya Melaka terbina dengan sejarahnya.

Sesetengah orang merasakan jika kita menceritakan mengenai diri kita, orang itu menceritakan kejahilannya. Saya tidak tahu mengapa fakta sedemikian dikeluarkan, mungkin mereka merasakan sekiranya seseorang gedebak gedebuk menceritakan perihal peribadi atau pengalaman masing-masing, ia seolah menceritakan mengenai kejahilan diri sendiri kerana bagi mereka lebih baik menceritakan perkara di luar kepompong hidup penulis. Fakta ini kadangkala memberi jentikan di telinga yang memerahkan terutamanya kepada para blogger yang suka menceritakan mengenai diri sendiri. Pada saya, apa salahnya sekiranya kita berkongsi pengalaman dengan teman?, sama juga seperti kita bercerita, apa salahnya kita menafsir diri kita dalam bentuk penulisan? untuk pembaca mengetahuinya, apa salahnya kita memahatkan tulisan mengenai rasa kita? untuk pembaca turut merasainya. Salahkah ia berlaku?? Salahkah?. Hidup ini bagai cahaya lampu jalanan, bersama-sama memberi cahaya buat pengguna jalan.

Pada saya blog umpama diari, namun diari ini digelar diari awam kerana ke semua pelayar di bahtera maya elektronik ini mampu terjah lantas karam di dalam fahamannya. Diari yang mampu dikongsi oleh semua yang mahu menjadikan pengalaman orang lain sebagai pengajaran atau pengetahuan bagi mereka yang tidak merasainya.

Selain blog, saya rasa pelik dengan sebuah laman sosial yang sangat tinggi rating penggunaannya. Katanya Malaysia merupakan antara top 10 negara yang paling banyak penggunanya. Bangga ?.
FACEBOOK. Kadangkala saya melihat status yang didindingkan adalah seperti:

"bosannya..."
"rindunya.."
"ermmm.."
"jom makan.."
"hai..."
"sakitlah..."
" pening.."
"asy rady is single"

ini adalah antara contoh-contoh tulisan pendek yang sebenarnya bagi saya tidak perlu sangat corak penulisan sebegini kerana ia mengundang spekulasi dan pandangan pelbagai pihak. Sama seperti ayat tergantung yang mengundang kepada persoalan seperti:

"kenapa bosan?"
"rindu kat sapa? buah hati ey"
"ermm je?"
"makan kat mana, kat mulut ke?''
'hai balik.."
"sakit sangat ke?"
"betul ke single ni, bukan dah berpunya ke?"

Nah! lihat komentar yang diberikan, ia akan berlanjutan dan berbalas antara satu sama lain, semuanya berpaksikan kepada status pendek yang ditulis dan adakalanya akan menyimpang kepada perbahasan lain atau keluar tajuk. Cuba lihat betapa perihatinnya seseorang kepada diri si penulis, seolah-olah mahu mencungkil rahsia penulisan pendeknya dan membuat tafsiran sendiri secara mengkhinzir buta.:)..Inilah hakikatnya, sesetengah orang suka menjadikan pengalaman dan cerita orang lain sebagai pengajaran buatnya. Namun INGAT, fitnah bisa hadir kapan saja ia mahu. AWAS ya..

Kita selalu membaca sejarah mengenai jasad seseorang, seperti para pejuang. Kita selalu mendengar sejarah mengenai seseorang. Kita selalu mengkaji mengenai diri seseorang. Seperti contoh
" oh dia ni macam ni orangnya, begini begitu orangnya".
Penceritaan mengenai diri sebenarnya membantu kita mengenali diri, anggapan saya kepada pembaca adalah
sebagai cermin buat si penulis. Biar apa orang kata, yang pasti kita merasa. Seperti contoh saya ingin menceritakan mengenai:

"beberapa hari ini saya agak sibuk dengan pelbagai urusan Universiti dengan Presentationnya, Assignmentnya dan Saya yakin sahabat-sahabat saya yang lain turut merasai bahang suasana Universiti itu sendiri. PRK entah bila agaknya. NC baru UM sudah diketahui umum."

Bagi peminat bola yang sanggup bersengkang mata menontonnya tahu bola itu berbentuk bulat dan mudah bergolek atau ditujukan kemana sahaja yang diketahui. Jika sahabat Nabi Saad Abi Al waQAs mengatakan
 "aku adalah anak panah dari panah-panah Islam, lontarkan aku ke mana kamu suka, nescahaya aku akan bangunkannya"

saya pula terasa ingin mengatakan,

"kita adalah bola daripada bebola Islam, shoot sahaja ke mana kamu suka, pasti aku akan ke sana dan apa..terpulanglah sama ada kita mahu kepada misi penyepak. atau bola itu akan pancit dan pecah setelah disepak. Kita yang menentukan diri kita. Sekian."

Ini salah satu contoh penulisan saya. Mungkin mereka yang berpendapat sebegitu yakni menceritakan mengenai diri persis khabarkan mengenai kejahilan diri tidak mahu para penulis merasa riak atau ujub dengan diri sendiri. Bagus peringatan itu. Saya terima seratus peratus. Bahaya riak ini boleh berlaku secara tiba-tiba. Bukan hanya dari penceritaan. malah teguran itu sendiri. Riak adalah perkara dalaman, sangat halus cengkamannya. Berhati- hatilah dalam melalui lorong yang berduri yang gelap hitam. Sekian:) Moga diberkatiNYA.Amiin

pandang lines man: -mungkin para penulis punya idea sendiri untuk tulisannya, dia jadikan pengalaman sebagai bentuk  penyampain ilmu atau uslub dakwahnya.
Sesetengah penulis pula terus kepada isi perkongsian ilmu, itu kelebihan penulis tersebut untuk cara itu dan membuat pembaca membacanya.

Saya lebih suka menulis ala-ala cerpen , Travelog, atau apa yang dirasakan untuk dipahatkan di dada maya ini. Semoga mendapat keberkatan dari-NYA.

No comments:

Post a Comment